|   Jamil Khir   | 
KUALA LUMPUR 4 Feb. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri  Jamil Khir Baharom mengesahkan beberapa pegawai dan kakitangan Lembaga  Tabung Haji (TH) yang disyaki terlibat dalam sindiket 'haji ekspres'  sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia .
Menurutnya, siasatan dijalankan hasil susulan laporan yang diterima  pihak berkuasa tentang tuduhan meminta suapan bagi membolehkan jemaah  haji menunaikan ibadat itu lebih awal daripada dijadualkan.
"Bagaimanapun, saya meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang  spekulasi berhubung pendedahan kegiatan sindiket berkenaan kerana kita  serahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan.
"Kita perlu beri peluang kepada semua individu terbabit untuk pertahankan diri daripada tuduhan ke atas mereka," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan eksklusif Utusan Malaysia berhubung  sindiket melibatkan beberapa pegawai dan kakitangan TH yang dipercayai  beroperasi sejak 2009 dengan menawarkan orang ramai melangkau giliran  untuk menunaikan ibadat haji.
Sementara itu, Pengurus Besar Komunikasi Korporat TH, Anis Zuhani  Ahmad berkata, agensinya mengambil tindakan dalaman terhadap pegawai  yang disyaki terlibat dalam sindiket 'haji ekspres'.













0 comments:
Post a Comment