BUTTERWORTH - Pasangan kekasih yang berjaya ditahan polis ketika cuba menyamun wang tunai RM40,000 milik seorang kerani bank di Jalan Kampung Gajah di sini Rabu lalu direman antara tujuh dan 14 hari bermula kelmarin.
Perintah tahanan reman terhadap Ladino Cardona, 46, warganegara Colombia, selama 14 hari dan teman wanitanya rakyat tempatan, Anne Charmaine Skelchy, 43, selama seminggu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen 2, Mohd Zairan Aman.
Tempoh tahanan reman Cardona lebih tujuh hari dari teman wanitanya kerana dia perlu disiasat di bawah dua kesalahan iaitu cubaan melakukan samun di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan dan tinggal melebihi tempoh di bawah Seksyen 15 (1) C, Akta Imigresen 1953.

Anne Charmaine yang berasal dari Selangor ditahan reman untuk disiasat kerana cuba melakukan samun bersama teman lelakinya dan ketika dibawa ke mahkamah petang semalam, keduanya dikawal ketat oleh anggota polis.
Rabu lalu, pasangan itu berputih mata apabila cubaan mereka menyamun seorang kerani bank yang membawa wang tunai RM40,000 berjaya digagalkan sepasukan pegawai polis yang sedang melakukan rondaan di Kampung Gajah di sini.
Mangsa dikatakan baru mengeluarkan wang itu di sebuah bank di Taman Selat terpaksa memberhentikan kereta dipandunya di tepi jalan di Kampung Gajah selepas menyedari tayar belakangnya pancit sebelum didatangi oleh Cardona sambil menghunuskan sebilah pisau mengugut menikamnya jika enggan menyerahkan wang dibawanya.
Kejadian yang berlaku itu sempat dilihat pasukan polis berkenaan dan dengan pantas mereka berjaya menahan Cardona dan pasangannya yang menunggu di dalam sebuah kereta lain dipercayai digunakan untuk mengekori mangsa sejak dari Taman Selat lagi.
Hasil siasatan awal, pasangan in dikatakan mempunyai empat kes jenayah membabitkan samun yang menggunakan modus operandi sama iaitu mengekori mangsa yang baru mengeluarkan wang dari bank sebelum bertindak menyamun mereka.

0 comments:
Post a Comment