15 January 2012

Hasan Ali: Tiada sebab saya harus kekal dalam Pas

Hasan Ali
SHAH ALAM - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali membayangkan beliau tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada ruang untuk merayu sehingga 7 Februari depan.
Beliau diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan.
Hasan berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam Pas dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.
“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton, Kuala Lumpur.
Program dihadiri lebih 100 peserta turut menampilkan Dr Azhar Yaakob dan Ustaz Farhan Abdullah daripada Sekretariat Himpun sebagai ahli panel.
Pada sesi dialog itu, Hasan meluahkan kekecewaan apabila perjuangannya mempertahankan akidah umat Islam di Selangor ditentang.
“Saya tidak boleh melakukannya ketika dalam parti, kerana rakan dalam parti dan kumpulan ‘parasit’ ini tidak suka isu arak dan murtad di Selangor diperjuangkan kerana hendak meraikan rakan lain yang bersekongkol dalam parti.
“Saya sanggup digugur dalam Exco dan meninggalkan segala keistimewaan. Walaupun saya cukup selesa dengan kedudukan sebagai Exco, saya tinggalkan demi menyelamatkan diri, anak-anak, keluarga dan umat Islam,” katanya.
Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia berkata, penentangan terhadap perjuangannya terbukti apabila beliau dikritik oleh pemimpin Pas, gara-gara memberi sokongan penuh kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berhubung pemeriksaan gereja dahulu.
“Saya tidak berseorangan dalam perkara ini, dalam tempoh terdekat akan terdapat pergerakan besar-besaran memperjuangkan akidah umat Islam dalam negara,” katanya.
Hasan dipecat oleh Pas Ahad lalu.

Related Posts:

  • Anwar: Hasan Ali tak perlu ikut cara Umno KUALA LUMPUR - Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar)menasihatkan bekas Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali supaya tidak mengikut cara Umno dengan membuat serangan peribadi dalam ceramahnya. Beliau ber… Read More
  • Nurul Izzah: Kenyataan Anwar dimanipula​si KUALA LUMPUR - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa bahawa kenyataan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat, berkaitan Israel yang disiarkan oleh Wall Street Journal minggu lalu, tela… Read More
  • Gosip Rosmah di tangan wartawan gaySebilangan orang meremehkan ruangan gosip di akhbar Australia yang mendedahkan babak awal percutian perdana menteri dan isterinya Rosmah Mansor. Apatah lagi wartawan yang mengulas perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) itu seora… Read More
  • Anwar nasihatkan Mahathir supaya 'duduk diam-diam' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menasihatkan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya “duduk diam-diam di rumah dan jaga cucu di rumah” serta tidak ‘menyerangnya’ tanpa sebarang asas. Katany… Read More
  • PAS buktikan ia 'parti celik budaya' Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.… Read More

0 comments:

Post a Comment