BEIJING 10 Feb. – Seorang lagi penduduk Tibet bertindak membakar dirinya sendiri bagi memprotes dasar kerajaan China ketika beribu-ribu lagi orang berhimpun memberi sokongan kepada pemimpin mereka yang hidup dalam buangan, Dalai Lama.
Radio Free Asia yang dibiayai oleh Amerika Syarikat melaporkan, lelaki itu yang juga merupakan seorang sami bertindak membakar dirinya di wilayah Sichuan, kelmarin.
Dia telah dibawa pergi oleh tentera dan keadaannya tidak diketahui.
Insiden terbaru ini menjadikan sekurang-kurang 17 kejadian membakar diri telah berlaku sejak tahun lalu yang kebanyakannya terjadi di wilayah Sichuan.
0 comments:
Post a Comment