9 February 2012

Pensyarah swasta Matematik didakwa rasuah RM300


pensyarah sebuah kolej swasta Ipoh yang direman kerana kes rasuah semalam.


IPOH - Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di sini direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohamad Nasarudin Mohamed pada pukul 11 pagi semalam.

Pada 2 petang kelmarin, pensyarah mata pelajaran Matematik itu ditahan SPRM di kolej berkenaan ketika menerima wang RM300 daripada seorang penuntut bagi membolehkan pelajar itu lulus dalam satu tugasan bagi tujuan peperiksaan.

Pensyarah lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Pihak SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan dan dipercayai akan ada lagi penuntut tampil memberikan maklumat di samping kerjasama penuh diberikan pihak pengurusan kolej itu.

Difahamkan pensyarah berkenaan menjadikan penuntut yang lemah dalam pengajian mereka sebagai mangsa.
 Pengarah SPRM Perak, Nooraziah Abdul Manaf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Related Posts:

  • Perodua memanggil balik 74,000 unit model Myvi generasi baru Perodua memanggil balik 74,000 unit model Myvi generasi baru yang dikeluarkan pada Mac 2011 dan Mac 2012 untuk menggantikan lajur Electronic Power Steering (EPS) melalui kempen yang dinamakan “Preventive Measure Campaign”… Read More
  • Petua mengenal lelaki subur Patutlah ketika mengadap teh tarik pagi itu, kawan baik saya, Li Itik bukan main gembira lagi. Suaranya yang seperti bunyi itik serati waktu pagi, berkeriau bercerita itu ini. Sambil bercerita, dia menunjuk-nunjuk lapo… Read More
  • Kelantan Negeri Miskin :: KELANTAN DARUL MISKIN ::. Di negeri miskin itulah, Mempunyai seorang Sultan, kesayangan rakyat. Di negeri miskin itulah, Seorang PM boleh berhilai tawa menghina Kelantan. Di negeri miskin itulah, Jual beli dihent… Read More
  • Gaji Penjawat Awam Naik Hingga 5 Peratus Bulan Depan Ini adalah satu berita gembira buat penjawat awam. Namun bukan semua, hanya untuk mereka yang sudah mencapai tangga gaji maksimum sahaja. Menurut laporan berita harian hari ini, penjawat awam yang mencapai tangga ga… Read More
  • Bagi Mereka Yang Belum Pernah Ke Kelantan Bila sahabat-sahabat ana dari luar terutamanya dari Kuala Lumpur, Johor Bharu, Melaka Perak dan Kedah mula menjejakkan kaki ke Kota Bharu, satu perkara yang jelas di mata mereka apabila melihat Kelantan tidak seperti y… Read More

0 comments:

Post a Comment