7 February 2012

Mati kerana merompak


ANGGOTA polis memeriksa kawasan mayat perompak yang mati ditembak selepas melakukan rompakan
ke atas rumah pemandu lori di Ijok semalam.



KUALA SELANGOR - Tindakan empat lelaki merompak sebuah keluarga di Jalan Parit Mahang, Kampung Parit Mahang, Ijok di sini semalam menerima balasan apabila tiga daripada mereka mati ditembak polis.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, ketiga-tiga perompak dipercayai warga Indonesia terbabit, mati ditembak selepas mereka melepaskan tembakan ke arah polis terlebih dahulu.

Seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit berdekatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar kecil) berkata, sebelum kejadian, empat penjenayah berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an baru menyamun sebuah rumah yang didiami tujuh beranak yang bekerja sebagai pemandu lori di Jalan Berkat di Kampung Parit Mahang.

Menurut beliau, empat suspek bertopeng itu telah memasuki rumah batu dan kayu setingkat itu sebelum mengikat tiga daripada tujuh penghuninya.

"Suspek-suspek itu menggeledah seluruh rumah itu dan mereka melarikan barangan berharga seperti komputer riba, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai milik keluarga itu," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Adnan memberitahu, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke Kampung Parit Mahang sebelum terserempak dengan sebuah kereta Proton Wira yang mencurigakan dinaiki empat lelaki.
Polis cuba menahan kereta tersebut namun, tidak dihiraukan menyebabkan polis mengejar kereta itu.

Selepas dikejar sejauh kira-kira tiga kilometer, kenderaan tersebut terbabas ke tepi Jalan Parit Mahang berdekatan Jambatan Sungai Buloh.

"Empat lelaki dalam kereta itu keluar dari kereta tersebut dengan dua daripada mereka terus melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

"Polis terpaksa membalas tembakan ke arah penjenayah terbabit bagi mempertahankan diri menyebabkan tiga daripada penjenayah itu terkena tembakan dan mati di tempat kejadian.

"Namun seorang lagi penjenayah sempat melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit berdekatan," kata beliau.
Adnan memberitahu, pemeriksaan pada mayat tiga lelaki terbabit tidak menemui kad pengenalan diri tetapi mereka dipercayai warga Indonesia.

Ketiga-tiga perompak itu mati ditembak hanya selepas kira-kira 10 minit mereka melakukan rompakan.
Pemeriksaan ke atas kereta Proton Wira pula menjumpai sebuah komputer riba, beberapa unit telefon bimbit, kad pengenalan dan sejumlah wang tunai dipercayai milik mangsa samun.

Kata Adnan, polis yang memeriksa mayat tiga penjenayah itu menemui dua pucuk pistol, sebilah parang dan sebilah sabit.

Kereta Proton Wira yang dinaiki kumpulan penjenayah itu merupakan kereta dilaporkan hilang di Kota Damansara dekat sini pada 17 Januari lalu.

"Dengan terbunuhnya penjenayah ini, polis sedang menyiasat kemungkinan mereka terlibat dengan 13 kes samun bersenjata di negeri ini," ujarnya.

Related Posts:

  • Kena cekup sebelum 'terbang' NOOR RASHID (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Hasrat dua lelaki Nigeria yang mempergunakan dua gadis tempatan sebagai keldai dadah un… Read More
  • Doktor beli buah pinggang dijelTOKYO: Seorang doktor dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah mengupah kumpulan penjahat sebanyak RM300,000 untuk memperoleh satu buah pinggang bagi dirinya. Buah pinggang itu diambil daripada seorang lelaki y… Read More
  • Ibu muda tinggal nota dalam Facebook sebelum bunuh diri IMEJ ngeri yang dimuat naik Cynthia sebelum membunuh diri. CYNTHIA bersama anaknya.   DETROIT: Sejurus sebelum membunuh diri, seorang ibu muda memuat naik gambarnya dalam keadaan menyeramkan di Facebook… Read More
  • Cikgu rogol, cabul murid dalam makmal MAHKAMAH Sesyen di Kota Bharu, Kelantan di dalam bangunan ini semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Hock Soon (gambar kecil) selepas didapati bersalah merogol dan mencabul seorang murid berusia 12 tahun… Read More
  • Penyangak tabur paku atas jalanJAKARTA: Satu sindiket dipercayai terbabit menabur paku di jalan raya di sekitar bandar raya ini bagi tujuan meningkatkan perniagaan bengkel bergerak mereka. Setap hari sebelum terbit mata hari, anggota kumpulan berkenaan… Read More

0 comments:

Post a Comment