7 February 2012

Kikis imej khurafat Pulau Besar

DUA anggota penguat kuasa MBMB melakukan pemantauan di Pulau Besar, Melaka semalam.


MELAKA – Imej Pulau Besar di sini, yang sering dikaitkan dengan pelbagai amalan khurafat kini mulai pulih apabila pihak berkuasa agama negeri melakukan pemantauan yang kerap di pulau berkenaan sejak dua tahun lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Rahimin Bani berkata, hasil pemantauan bersepadu bersama beberapa agensi pihak berkuasa lain di pulau itu pada setiap minggu mendapati, kini tiada lagi sebarang aktiviti pemujaan diadakan.

Menurut beliau, sebelum ini, ribuan umat Islam dari seluruh negara termasuk dari India akan datang ke pulau itu selepas sambutan Maulidur Rasul bagi mengadakan temasya besar yang bertentangan dengan ajaran agama.

“Namun, dalam lawatan kita hari ini (semalam) mendapati, tiada lagi sebarang aktiviti temasya besar sebagaimana kebiasaan dan ini membuktikan Pulau Besar kini semakin pulih daripada amalan-amalan yang menyimpang daripada ajaran Islam.

“Selain itu tiada lagi kesan-kesan binaan batu berupa bentuk kubur, khemah-khemah untuk menjalankan aktiviti khurafat yang menunjukkan adanya perbuatan sesat dan terpesong daripada akidah Islam yang dilakukan di sini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Lazimnya dua tempat yang menjadi kegilaan individu untuk melakukan pemujaan ialah di ‘batu belah’ yang terletak di antara dua bukit di pulau berkenaan dan Gua Yunus.

Related Posts:

  • Sultan Kelantan masih belum temu calon isteriSULTAN MUHAMMAD V bertanya khabar ketika melawat Che Asmah di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, semalam.KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, bertitah baginda masih belum mempunyai calon isteri dan s… Read More
  • Ditahan ketika berkaraoke ANTARA pengunjung pusat karaoke yang ditahan di pusat beli-belah Kompleks Centre Point, Klang semalam. KLANG – Enam pelajar sekolah lelaki antara 66 orang yang ditahan dalam serbuan di tiga buah pusat karaoke di kompleks… Read More
  • GAMBAR - Akil Hay kembali berpolitik bersama PASDah balik semula ke pentas PAS. Sekarang berduet pula tu.. Akil Hayy bersama isterinya di Sambut Jubli Emas PAS Kemaman, Terengganu baru-baru ini.          … Read More
  • Ditembak dan banglo dibakar KEADAAN rumah banglo dan sebuah kereta di Kampung Che Arus, Kok Lanas yang dibakar dua lelaki bertopeng semalam. KOTA BHARU – Dua sahabat cedera selepas diserang dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan pistol di sebuah ruma… Read More
  • Janda ditikam sampai mati SALAH seorang anak Siew Lin (tengah) ditenteramkan saudara selepas ibunya mati dibunuh.ALOR SETAR – Seorang penganggur yang berang dengan sikap bekas isteri dan empat orang anaknya yang didakwa tidak lagi menghormatinya … Read More

0 comments:

Post a Comment