19 January 2012

UTM tawar kejuruteraan nuklear



Mohd. Azraai Kassim (kanan) menyerahkan Nota Serah Tugas kepada Rose Alinda Alias (kiri) dengan disaksikan oleh Zaini Ujang pada majlis Serah Tugas Timbalan Naib Canselor di UTM, Skudai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 19 Jan. - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi universiti pertama di negara ini menawarkan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Nuklear dengan pengambilan kumpulan pertama penuntutnya September ini.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ir. Zaini Ujang berkata, buat permulaan, seramai 30 penuntut dengan minimum purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.0 layak untuk mengikuti program tersebut, namun mereka perlu melalui proses saringan terlebih dahulu.

Beliau berkata, pengajian selama empat tahun di bawah Fakulti Sains di kampus induk di sini turut menyediakan tenaga pengajar berpengalaman dalam bidang berkenaan.

"Tujuan kursus ini diperkenalkan untuk melahirkan mahasiswa dan pakar dalam bidang nuklear, sekali gus dapat menggunakan kepakaran tersebut dalam pelbagai bidang termasuk menjana tenaga alternatif baru di negara ini.

"Justeru, kita berharap kursus ini dapat mendorong para pakar yang bakal dilahirkan untuk memastikan sumber tenaga negara pada pada masa akan datang dipelbagaikan, tidak hanya bergantung pada sumber sedia ada seperti bahan api, arang batu, minyak dan gas," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelantikan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) UTM, Prof. Rose Alinda Alias sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTM yang baru di Dewan Bangunan Canselori UTM, di sini hari ini.

Rose Alinda menggantikan Prof. Dr. Ir Mohd. Azraai Kassim yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) berkuat kuasa Isnin lalu.

Zaini berkata, UTM merancang memperkenalkan kursus berkenaan sejak dua tahun lalu dan ia turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk agensi berkaitan nuklear dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Dalam pada itu, beliau berkata, UTM kini membuka peluang kepada penuntutnya untuk memohon Biasiswa Endowmen berjumlah RM12,000 setahun.
Seramai 150 penuntut cemerlang dalam bidang akademik berkelayakan untuk memohon biasiswa berkenaan.

Related Posts:

  • Biodata Ringkas Imam Syafie Pengasas Mazhab Syafie Gambar Hiasan: Ajaran Imam Syafie memimpin jutaan umat Islam masa kini Imam as-Syafi’e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi‘e. Beliau mempunyai pertalian darah Q… Read More
  • Kisah Jin Yand Patut Anda Tahu KULIAH JIN : UST. HJ. ISMAIL KAMUS1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghor… Read More
  • Subhanallah! 30 Keajaiban Ciptaan Allah pada Badan Kita 1. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sehinggalah berusia sekitar 6 hingga 8 minggu.2. Kecepatan batuk adalah 96.5 kilometer sejam…3. Sel yang paling kecil dalam badan manusia adalah sperma manakala sel yang paling bes… Read More
  • Rahsia Formula Pemakanan Genius Islam Formula pemakanan genius – genius Islam pada masa silam menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka . Formula ini terpendam di dalam kitab – kitab tradisional dalam bahasa Arab.Kajian Saintifik telah membuktikan kebenara… Read More
  • Saintis Temui Bahagian Jahat Dalam Otak Hasil kajian ahli neurologi Jerman berjaya menemui bahagian otak yang membuat manusia menjadi jahat. Dr Gerhard Roth berkata, bahagian itu terletak di depan bawah otak manusia yang kelihatan seperti tompok hitam melalu… Read More

0 comments:

Post a Comment