17 January 2012

Tumpang tidur rumah kekasih

SEREMBAN: Dua lelaki memberi alasan menumpang tidur ketika ditahan ahli jawatankuasa surau Apartmen Seroja, Taman Tasik Jaya Senawang, dekat sini terhadap dakwaan berkurung bersama teman wanita masing-masing, semalam.
Kedua-dua lelaki berusia 24 dan 27 tahun dari Sikamat itu dikatakan memasuki rumah sewa teman wanita mereka berusia 20-an kira-kira jam 8 pagi, namun perbuatan itu dikesan penduduk berhampiran sebelum memaklumkan kepada ahli jawatankuasa surau.

Berikutan itu, empat ahli jawatankuasa menyerbu rumah berkenaan di Blok 1, kira-kira jam 8.30 pagi dan menahan kedua-dua pasangan itu.
Pengerusi jawatankuasa surau yang mengetuai operasi itu, Mohd Nor Jamaluddin, 41, berkata, selepas mendapat maklumat penduduk, beliau bersama tiga ahli jawatankuasa menyerbu rumah itu dan mengambil masa kira-kira lima minit sebelum berjaya masuk.

“Kami dapati dua lelaki dan dua wanita berada dalam rumah tetapi semua mereka berpakaian.

“Ketika disoal siasat, kedua-dua lelaki itu memberi alasan menumpang tidur dan mengaku wanita yang kedua-duanya berasal dari Port Dickson kekasih mereka,” katanya.

Related Posts:

  • Pelayan wanita mati selepas bertengkar ANGGOTA polis mengangkat mayat Soo Ping (gambar kecil) yang ditemui mati di Taman Bakap Indah, Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam.NIBONG TEBAL - Tindakan seorang pelayan restoran yang menendang pintu kaca bilik rumah sewanya… Read More
  • Akibat mencuri hasil jualan restoran seorang remaja dihukum khidmat masyarakat 240 jam MELAKA – Akibat mencuri wang hasil jualan restoran, seorang remaja diarah menjalani hukuman khidmat masyarakat selama 240 jam dalam tempoh dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.Majistret Muhamad Hazri Hanafi menj… Read More
  • Bekas profesor dipenjara kerana mengesahkan invois palsu PUTRAJAYA - Bekas dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Md. Saberi Md. Salleh dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara setahun selepas rayuan terakhirnya untuk me… Read More
  • Pencuri lapar minta hidang nasi BESUT – Seorang pencuri lapar sempat mengarahkan mangsanya untuk menghidangkan nasi sebelum dia melarikan diri bersama seutas gelang yang dirampas daripada seorang pelajar dalam kejadian di Kampung Bukit Payung dekat sini ke… Read More
  • Bapa bunuh anak dihukum penjara Mohammad Shafia (dua dari kanan) Tooba (tengah) dan anak mereka Hamed (dua dari kiri) diiringi ke sebuah mahkamah di Kingston, Ontario pada Sabtu lalu.ONTARIO, Kanada - Tiga beranak dari satu keluarga Kanada berketurunan Afg… Read More

0 comments:

Post a Comment