17 January 2012

17 korban hari pertama

KUALA LUMPUR: Hari pertama Ops Sikap 25 sempena Tahun Baru Cina 2012 sudah menyaksikan 17 korban kemalangan jalan raya di seluruh negara dan penunggang motosikal masih menjadi mangsa tertinggi dengan jumlah kematian 10 orang.
Ops Sikap dilancarkan kelmarin oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar turut mencatatkan jumlah kemalangan jalan raya sebanyak 1,303 kes dan 13,813 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Jumlah kematian dicatatkan pada hari pertama operasi menunjukkan peningkatan berbanding 14 kematian hari pertama Ops Sikap 24 sempena Aidilfitri Ogos tahun lalu.
Berdasarkan Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain 10 penunggang dan pembonceng motosikal, tujuh yang lain ialah pemandu kereta (lima) dan seorang pemandu lori serta pejalan kaki.

Jumlah kemalangan tertinggi dicatatkan di jalan bandaran sebanyak 647 kes, diikuti jalan persekutuan (265), jalan negeri (225), lebuh raya (109) dan lain-lain (57) kemalangan.

Selepas melancarkan Ops Sikap 25, Ismail berkata, pihaknya sudah mengenal pasti 97 lokasi kemalangan maut di seluruh negara dan meletakkan 97 kumpulan pasukan khas untuk pemantauan. Menurutnya, PDRM juga memfokuskan enam operasi termasuk had laju, motosikal, operasi mabuk, lorong kecemasan dan potong barisan, lampu isyarat, lebih muatan, tali pinggang serta topi keledar sepanjang tempoh operasi dijalankan sehingga 30 Januari ini.

Related Posts:

  • Lagi gempa bumi 5.2 magnitud landa Sumatera Utara, Indonesia KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Ritcher melanda Sumatera Utara, Indonesia pada jam 9.20 malam tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan melaporkan gempa itu berpusat di 10… Read More
  • Seorang lelaki terperangkap tiga hari dalam lumpur ALBUQUERQUE (New Mexico): Seorang lelaki merempat yang terperangkap dalam lumpur dekat Sungai Rio Grande di bandar raya ini selama tiga hari diselamatkan, semalam selepas beberapa pelajar sekolah tinggi yang berada di situ t… Read More
  • Bot karam, dua nelayan maut dan tiga lagi masih hilang CHIN Chin Kein (kiri), Amirul Anuar Fadzullah (tengah), dan Safuri Dahari dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah selepas 30 jam terapung di laut akibat bot karam dipukul ombak di perairan Pulau Payar, Pulau Langkawi di… Read More
  • Hairan padi kering, tidak berisi PINANG TUNGGAL - Lebih 80 pesawah sekitar daerah Lembah Raja dan Ekor Kucing di sini mengalami kerugian ribuan ringgit apabila padi yang sedia untuk dituai bertukar menjadi kering dan tidak berisi. Penyakit misteri tanaman y… Read More
  • Mati selepas bawa keluarga bercutiKOTA BHARU 29 Jan. - Hasrat seorang bapa untuk membawa keluarganya bercuti tercapai, namun berakhir dengan tragedi apabila dia meninggal dunia di bilik penginapan mereka di sebuah hotel di sini pagi ini. Md. Isa Eden, 53, … Read More

0 comments:

Post a Comment