26 January 2012

PM Australia dikepung aktivis

 GILLARD (kiri) yang hilang sebelah kasut terpaksa dilindungi polis dan ejen keselamatan selepas dikepung sekumpulan aktivis hak penduduk pribumi di Canberra, semalam.
GILLARD (kiri) yang hilang sebelah kasut terpaksa dilindungi polis dan ejen keselamatan selepas dikepung sekumpulan aktivis hak penduduk pribumi di Canberra, semalam.
Gillard diselamatkan selepas dikejar kumpulan pejuang hak pribumi

SYDNEY: Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, semalam terpaksa diiringi ejen perkhidmatan keselamatan keluar daripada restoran di Canberra selepas ia dikepung sekumpulan aktivis hak penduduk pribumi negara itu. 

Gillard dan pemimpin pembangkang, Tony Abbott, terperangkap dalam restoran The Lobby ketika dikejar berpuluh-puluh penunjuk perasaan daripada demonstrasi Hari Australia yang diadakan berdekatan, bagi menandakan ketibaan peneroka Britain pada tahun 1788. 

Kedua-dua pemimpin itu diiringi keluar oleh ejen keselamatan dan polis pencegah rusuhan, Gillard yang jelas kelihatan gementar terjatuh ketika bergegas.

Penunjuk perasaan dilaporkan mengetuk dinding kaca restoran sambil melaungkan ‘tidak malu’ dan ‘perkauman’. Mereka menghadiri majlis dinamakan Hari Pencerobohan diadakan di khemah kedutaan pribumi berhampiran, kem tetap aktivis pribumi meraikan ulang tahunnya ke-40 tahun ini.

Pengasas kedutaan pribumi itu, Michael Anderson, berkata kumpulan itu marah dengan kenyataan yang dikeluarkan Abbott awal hari itu mengenai kedutaan itu tidak lagi relevan.

“Katanya, kedutaan pribumi perlu dihapuskan, kami mendengarnya dalam siaran radio. Kami menentang dan mengepung bangunan itu. Apa yang dikatakan Abbott cukup mencetuskan rusuhan berbaur perkauman,” kata Anderson kepada agensi berita Australian Associated Press.

Penduduk pribumi Australia dipercayai seramai sejuta orang ketika peneroka Britain tiba tetapi kini cuma ada 470,000 daripada keseluruhan 22 juta penduduk negara itu.

Mereka adalah minoriti paling mundur di Australia dengan jangka hayat pendek dan kadar dipenjarakan dan mendapat penyakit lebih tinggi berbanding penduduk asli lain. – AFP

Related Posts:

  • 25 penggubal Palestin dalam tahanan Israel BANDAR GAZA - Tentera rejim Israel bertindak menangkap seramai 25 penggubal undang-undang Pales­tin sejak minggu lalu dan memasukkan mereka ke dalam penjara rej… Read More
  • Empat mati kerana letupan bunga api KEBAKARAN (kanan) akibat bunga api yang berlaku di wilayah Suphan Buri, Bangkok kelmarin. BANGKOK - Satu letupan besar bunga api pada sambutan Tahun Baru Cina di Thailand menyebabkan empat orang mati dan hampir 90 lagi ced… Read More
  • Pesawat AS ubah laluan kerana ribut solar matahari KERATAN Kosmo! semalam. WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Radiasi solar daripada ribut matahari terbesar dalam tempoh sedekad bertembung dengan atmosfera Bumi kelmarin dengan menyebabkan beberapa buah pesawat s… Read More
  • Obama umum tingkat infrastruktur BARACK OBAMA (dalam bulatan) berucap di Kongres Amerika Syarikat, Washington D.C kelmarin. WASHINGTON Amerika Syarikat (AS) - Presiden Barack Obama mencadang menggunakan separuh daripada wang yang dijimatkan ekoran … Read More
  • 60 dikhuatiri maut tanah runtuh di Papua New Guinea Pandangan udara menunjukkan lokasi kejadian tanah runtuh yang menimbus kawasan hutan, – REUTERS SYDNEY 25 Jan. – Sekurang-kurangnya 60 orang dikhuatiri terbunuh dalam insiden tanah runtuh di pedalaman Papua New Guinea, ke… Read More

0 comments:

Post a Comment