Jumat,22 Julai 2011, satu letupan besar menggegarkan pusat bandar Oslo berdekatan pusat pentadbiran Kerajaan Norway di bawah Parti Buruh yang juga berhampiran pejabat Perdana Menteri Norway.

Letupan itu juga berdekatan dengan pejabat Jyllands-Posten, akhbar utama Denmark yang menyiarkan karikatur Nabi Muhammad pada September 2005 dan mencetuskan kontroversi di seluruh dunia satu ketika dulu.
Reaksi dunia, tidak lain dan tidak bukan, akan cuba mengaitkan aksi keganasan dengan Islam.Semua stesen TV seperti Sky news, BBC, CNN membuat liputan langsung sama seperti sewaktu pengeboman World Trade Centre dalam peristiwa 9/11.

Pelbagai jenis manusia diwawancara di serata dunia dan pelbagai pendapat dan analisis diutarakan yang kebanyakannya mengarah kepada pembabitan militan islam atas tiket bahawa Norway ahli aktif NATO yang menyertai perang di Afghanistan dan juga pengeboman berterusan di Tripoli, Libya selain isu karikatur nabi Muhammad berkenaan.

Tidak lama kemudian,berita mula tersebar bahawa berlaku tembakan rambang (shooting spree) di perkhemahan Kem Remaja tajaan Parti Buruh di Utoya Island iaitu sebuah pulau kecil 38km dari Oslo. Seorang lelaki berpakaian polis dikatakan menembak remaja berusia belasan tahun secara membabi buta hingga mengakibatkan banyak kematian. Beliau kemudiannya ditangkap.

Polis seterusnya mendedahkan bahawa lelaki yang ditahan berkenaan adalah Anders Behring Breivik, 32 tahun, warga tempatan (norwegian), freemasonry, aktivis berhaluan kanan (far-right activists), seorang conservative nationalist yang anti-immigrant, anti-muslim, anti-yahudi dan memperjuangkan negara satu bangsa yakni bangsa Norway atau bangsa Eropah. Beliau adalah petani dan polis percaya terdapat kaitan antara
pengeboman di Oslo dengan shooting spree di Utoya Island.

Media yang ghairah mengaitkan islam dengan
pengeboman Oslo ini,senyap, tanpa ada lagi berita susulan, oleh kerana apa yang mereka canangkan, akhirnya sikap prejudis mereka memakan mereka sendiri.Kerana apa, kerana lelaki ini ada seorang christian freemasonry yang bukan setakat anti-muslim tetapi juga anti-yahudi dan yang lebih utama beliau berbangsa Eropah dan “a home-grown terrorist”.
Kali ini,biar mereka belajar dan sedar.
0 comments:
Post a Comment