16 February 2012

Takut isteri tahu

KUALA LUMPUR - Bimbang isteri tahu kegiatannya, seorang pemilik bengkel kenderaan bertindak agresif dan cuba melarikan diri daripada serbuan polis di premis hiburan di Bandar Puteri Puchong, dekat sini malam tadi.

Lelaki berumur 35 tahun itu yang bimbang rahsianya terbongkar jika ditahan pihak berkuasa, bertindak agresif terhadap polis ketika keterangannya diambil bagi membantu siasatan terhadap premis yang beroperasi tanpa lesen terbabit.

"Pelanggan itu bertindak agresif bila kita hendak mengambil keterangannya dan cuba melawan pihak polis dan sekarang kita menahannya kerana cuba untuk menghalang penjawat awam melakukan tugas," kata Ketua Unit Maksiat cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat Bukit Aman, ASP Shahrul Nizam Jaafar kepada pemberita di sini.

Katanya polis menyerbu pusat hiburan itu yang dipercayai turut menyediakan aktiviti pelacuran pada 12 tengah malam tadi dan berakhir dua jam kemudian.

Dalam operasi itu polis turut menahan empat wanita tempatan dan seorang wanita Vietnam berusia antara 18 dan 24 tahun, dipercayai pelacur, dan mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk diambil keterangan, katanya.

Shahrul Nizam berkata serbuan itu adalah yang pertama dilakukan terhadap premis tersebut dan polis percaya pusat hiburan berkenaan yang dibuka seawal 6 petang telah beroperasi lebih dari setahun.- Bernama

Related Posts:

  • Cium kaki minta maafSHAH ALAM: Seorang bekas pegawai pendakwa mencium kaki anak tirinya selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun berikutan mengaku salah merogol kanak-kanak berusia 11 tahun itu di rumahnya… Read More
  • ‘Saya tak buat’SEREMBAN: “Saya tak buat”. Demikian kata bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan yang mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas empat tuduhan berkaitan pemalsuan dokumen kenaikan gred… Read More
  • Ugut jandaMIRI: Gara-gara mahu memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya, seorang ibu tunggal berusia 30 tahun kini terpaksa hidup dalam ketakutan apabila menerima ugutan bunuh dan dicederakan, sejak seminggu lalu. Dalam keja… Read More
  • Mangsa siram asid syukur tak butaKOTA BHARU: “Saya bersyukur kerana masih dapat melihat,” kata ejen insurans, Wan Hussin Wan Yusof, 52, yang melecur teruk di muka dan badan akibat disiram sejenis cecair dipercayai asid, Sabtu lalu. Menurutnya, dia engga… Read More
  • Dituduh cuba bunuh kekasihAMPANG: Seorang penuntut kolej swasta dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan cuba membunuh teman wanitanya dengan menikam perut mangsa, minggu lalu. Osleh Osman, 20, mengaku tidak bersalah di hadapan … Read More

0 comments:

Post a Comment