16 February 2012

Mengenali sikap sebenar lelaki

KOTA BHARU 15 Feb. - Golongan bapa disaran membawa anak perempuan mereka keluar 'berdating' bagi membolehkan si anak mengenali sikap sebenar yang harus ada pada seorang lelaki.

Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj berkata, hubungan istimewa antara anak perempuan dan ayah akan menyelamatkannya daripada terjerat dengan perangkap lelaki berhidung belang dalam kehidupan mereka.

"Keluar berdua antara bapa dan anak perempuan sahaja, pergi ke pusat beli belah atau makan di restoran, bapa perlu dengar luahan anak perempuan dan pegang rahsia jika ada perkara yang si anak luahkan tetapi tidak mahu ibu ketahui," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di program Sembang-sembang Cinta Remaja Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) Peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Tumpat di Pusat Mahasiswa, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian di sini semalam.

Kira-kira 400 pelajar tingkatan satu hingga lima dari 13 buah sekolah di daerah Tumpat menghadiri seminar sehari yang turut melibatkan sesi berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan serta perbincangan dengan guru kaunselor.

Dr. Harlina yang juga Pensyarah dan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, seorang bapa juga tidak harus lokek memberikan kata-kata pujian kepada anak-anak bagi mengelak mereka mencari penghargaan yang tidak sepatutnya di luar rumah.

"Tepuk belakang anak lelaki bila melihat dia melakukan sesuatu yang baik. Puji anak perempuan lebih awal sebelum dia meminta komen pakaiannya yang cantik. Biar kita yang jadi orang pertama memuji anak kita cantik dan bagus dan bukannya orang asing di luar," katanya.

Beliau berkata, anak-anak yang sedang meniti usia remaja perlukan kasih sayang dan pemahaman daripada ibu bapa mereka dan bukannya leteran kerana mereka masih belum dapat membuat keputusan dengan baik sebagaimana yang ibu bapa harapkan.

Jelasnya, remaja pada zaman sekarang walaupun dari sudut biologi sudah matang secara seksual namun perkembangan otak mereka belum matang sepenuhnya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan agar mereka tidak dibiarkan membuat penerokaan seksual sendiri melalui perbincangan dengan rakan sebaya, sebaliknya anak-anak yang meningkat usia baligh haruslah mendapat maklumat itu daripada ibu bapa.

"Kita yang harus terangkan kepada anak-anak apa yang terjadi apabila mereka sudah akil baligh dan bukan bersikap malu dan terus bercakap berlapik sehingga anak-anak menjadi tidak faham dan berusaha mencari sendiri," katanya.

Related Posts:

  • SPAD tahan 12 pemandu teksiKUALA LUMPUR 28/01/2012 — Seramai 12 pemandu teksi ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tidak menggunakan meter dalam satu operasi oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) di sini malam tadi. Pengurus Besar Pen… Read More
  • Tekad benam Bahrain KHAIRUL FAHMI akan menyertai latihan skuad Harimau Muda esok. DALAM tempoh beberapa hari sahaja lagi, skuad Olimpik negara bakal membuat perhitungan semula dengan Bahrain pada aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia Kumpul… Read More
  • Pemuda dipercayai lemas di Sg. Kuala MudaBALING 28/01/2012 — Seorang lelaki berusia 25 tahun dipercayai lemas di Sungai Kuala Muda berdekatan Kampung Belida di sini.  Ketua Penjaga Balai Bomba Dan Penyelamat Balai Bomba Baling, Abdul Kudus Malik berkata, piha… Read More
  • Penyu mahu elak perangkap Singa KUDRAT Manaf Mamat (kiri) ditagih oleh Mat Zan dalam usaha mereka menjinakkan Lions XII malam ini. DI sebalik prestasi konsisten yang dipamerkan anak-anak buahnya, sebenarnya masih ada rasa bimbang yang menyelubungi p… Read More
  • Mampukah Selangor? TEKA-TEKI sama ada Selangor mampu mengakhiri ‘badi’ empat kekalahan berturut-turut kepada T-Team bakal terjawab di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Kuala Terengganu malam ini. Sebagai rekod, skuad bimbingan I… Read More

0 comments:

Post a Comment