9 February 2012

Shahrizat dan keluarga dicabar isytihar aset

NGO berkaitan PKR - JINGGA 13 - hari ini mencabar menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya, yang memiliki National Feedlot Corporation (NFC) supaya mengisytiharkan aset mereka dari tahun 2008 hingga 2011.

pkr congress 271110 fariz musaDalam satu kenyataan yang dihantar - selepas membuat satu lagi laporan terhadap Shahrizat dan keluarganya, kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) - penyelaras JINGGA 13, Fariz Musa (kiri) berkata pengisytiharan aset itu adalah untuk membuktikan mereka tidak memiliki sebarang hartanah mewah di Singapura.

"JINGGA 13 (juga) mencabar Shahrizat untuk menjelaskan bagaimana keluarganya mampu pembayaran balik pinjaman yang besar (untuk unit-unit tersebut), yang dianggarkan RM137,000 sebulan untuk pinjaman rumah biasa (bagi tempoh) 25 tahun," katanya.

Ini berikutan pendedahan PKR bahawa suami Shahrizat - Datuk Seri Mohd Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran memiliki dua unit kondominium mewah di Marina Bay bernilai lebih RM34.5 juta.

0 comments:

Post a Comment