8 February 2012

Bapa undur kereta lenyek kepala anak


 
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang Selasa.
 
Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian kira-kira 6.05 petang itu.Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkata mangsa sebelum itu dikatakan sedang menikmati bubur bersama adik-beradiknya yang lain, manakala bapanya yang berumur 45 tahun berada di luar rumah untuk menghidupkan enjin kereta sebelum ke kebun.
 
“Apabila kereta sedang diundurkan, tiba-tiba kanak-kanak itu meluru keluar dari rumah dan pergi ke belakang kereta tanpa disedari bapanya.

“Mangsa dipercayai dilanggar dengan kepalanya terlenyek,” kata Abdul Razak ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 39 tahun yang terdengar bunyi kuat seakan-akan ada benda terhantuk.

Jenazah dihantar ke Hospital Lipis sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan.

Related Posts:

  • 25 kedai dekat Penang Sentral terbakar27 Januari 2012 BUTTERWORTH - Sebanyak 25 buah kedai berhampiran terminal bas Penang Sentral di sini hangus dalam satu kebakaran lewat malam tadi. Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat berkata pih… Read More
  • Berpantang maut sebelum ajal KULIM - Dua remaja lelaki berusia 20an nyaris maut apabila kereta jenis Nissan 120 Y yang dinaiki mereka merempuh tiang lampu di jalan utama ke Simpang Empat Ta… Read More
  • Rakan berburu disangka rusa JALAN masuk ke Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu yang menjadi tempat Yaseer mati tertembak rakan sendiri ketika berburu rusa kelmarin. HULU TERENGGANU - Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kej… Read More
  • Puting beliung akibatkan tujuh mati JAKARTA - Puting beliung dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di pulau Jawa dan Bali pada Rabu mengakibatkan tujuh orang maut, 51 cedera dan lebh 1,000 rumah penduduk rosak. Mangsa yang terbunuh aki… Read More
  • Bangunan runtuh di Brazil, tiga maut Sebuah kereta remuk di bawah runtuhan, sementara (gambar kecil) menunjukkan beberapa buah kenderaan yang berdebu serta serpihan-serpihan bangunan selepas dua buah bangunan runtuh di pusat bandar Rio de Janeiro, Brazil, k… Read More

0 comments:

Post a Comment