12 February 2012

Ibu berhadapan asap tebal

HANGUS...dua rumah terbakar menyebabkan kerugian lebih RM200,000, kelmarin.
HANGUS...dua rumah terbakar menyebabkan kerugian lebih RM200,000, kelmarin.
KUANTAN: “Dalam keadaan kelam-kabut dan asap tebal, saya terpaksa menahan nafas sambil meraba-raba mencari dua anak yang ketika itu terperangkap dalam rumah.

“Walaupun bahaya, saya beranikan diri masuk ke dalam rumah demi nyawa anak yang ketika itu hampir lemas kerana menghidu asap,” kata Sarina Mohd Saim, 22, mangsa kebakaran di Kampung Teluk Mahang Dua, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.40 malam itu, sebuah rumah batu dan papan dihuni lima keluarga membabitkan 25 penghuni musnah dalam masa tidak sampai 15 minit. Kebakaran dipercayai berpunca daripada litar pintas rumah papan menyebabkan semua mangsa tinggal sehelai sepinggang dan kerugian dianggarkan lebih RM200,000. Sarina berkata, ketika kejadian, dia dan beberapa penghuni lain berehat di luar rumah sebelum melihat asap dari rumah papan yang terletak bersebelahan.

Katanya, dalam keadaan kelam-kabut itu, dia hanya ingatkan dua anaknya berusia setahun tujuh bulan dan empat tahun yang ketika itu berada dalam rumah.

“Walaupun demam, saya tetap kuatkan semangat untuk masuk ke dalam rumah meredah asap menyelamatkan dua anak saya walaupun tindakan itu membahayakan diri.

“Saya bersyukur semuanya selamat walaupun kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang dan kini terpaksa menumpang di Dewan Mat Kilau,” katanya.

0 comments:

Post a Comment