| GAMBAR disiarkan oleh pihak berkuasa New South Wales menunjukkan bahagian utara negeri berkenaan ditenggelami air bah kelmarin.  | 
SYDNEY - Ribuan penduduk terputus hubungan semalam selepas hujan  lebat menyebabkan air beberapa tebing sungai pedalaman timur Australia  melimpah dengan sebahagian keluarga diancam ular berbisa ketika  berlindung di bumbung rumah, kata pasukan penyelamat.
Di Queensland sahaja lebih 11,000 orang terputus hubungan, setahun  selepas sekitar 35 orang maut dalam banjir kilat yang turut  menenggelamkan 30,000 kediaman di negeri berkenaan dan New South Wales  (NSW).
Beberapa pekerja penyelamat berkata, paras air sungai di beberapa  bahagian meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh setengah abad dengan  air bah menenggelami sebahagian besar tanaman termasuk kapas, tebu,  kacang soya dan jagung.
Bacaan banjir di beberapa batang sungai di negeri NSW dan Queensland mencatat paras melebihi 13 meter.
Biro Meteorologi Australia pula meramalkan banjir akan berterusan  selama beberapa hari malah, di beberapa kawasan, ia dijangka berlanjutan  hingga beberapa minggu.
Beberapa pekerja penyelamat berkata, bandar Moree yang terketak di  kawasan paling teruk terjejas banjir di utara NSW kini terputus hubungan  dengan dunia luar.
Pihak berkuasa menggunakan beberapa buah helikopter dan pesawat untuk  menyelamatkan mangsa dan menggugurkan bantuan dengan ramai penduduk  diancam ular-ular berbisa yang mendiami bumbung rumah mereka bagi  mengelak air banjir.
"Kawasan paling teruk terjejas bagi kami adalah di sekitar bMoree  dengan 10,000 orang terputus hubungan," kata seorang jurucakap  Perkhidmatan Kecemasan Negara, Phil Campbell
Menurutnya, setakat ini, lebih 2,000 orang sudah dipindahkan dengan lebih 16,000 orang terputu
s hubungan di NSW. - 






 

 
 

 
 
 
 
 





0 comments:
Post a Comment