14 February 2012

dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel

Kerajaan BN tidak pernah memberi sokongan secara konsisten terhadap perjuangan Palestin tetapi sebaliknya dasar negara selama ini sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap negara itu, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

pkr congress pc 271110 saifuddin nasutionSehubungan itu, beliau membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini mendakwa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim "bersifat talam dua muka" kerana menyatakan sokongannya terhadap usaha-usaha melindungi keselamatan Israel.

“Apakah Najib perlu diingatkan bagaimana layanan kerajaan Malaysia terhadap pemimpin negara Palestin yang sah dipilih secara demokrasi pada  pilihanraya 25 Jan 2006?” soalnya dalam satu kenyataan media, lewat malam tadi.

Sebagai dalilnya, Saifuddin Nasution berkata Malaysia pada Mei 2006 telah menjadi tuan rumah Persidangan Negara-negara Berkecuali (NAM) tetapi anehnya kehadiran Dr Mahmoud Al Zahar selaku Menteri Luar sah kerajaan Palestin yang dilantik oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh telah dibelakangkan.

Sebaliknya, menurut beliau Putrajaya mengiktiraf  Farouk Qadummi iaitu bekas Menteri Luar Palestin (sewaktu kerajaan Fatah sebelum pilihan raya 25 Januari 2006). Malah, pada persidangan tersebut Qadummi dijemput berucap sebagai wakil rasmi kerajaan Palestin.

Isreal attack Hamas controlled Gaza Strip in Palestine“Hal ini tidak sukar difahami kerana PM Ismail Haniyeh dan Dr Mahmoud ALZahar adalah pemimpin Palestin yang mewakili Hamas yang pada kacamata Amerika Syarikat dan Israel adalah satu kumpulan pengganas.

“Hakikat bahawa Hamas menang pilihanraya secara bebas dan demokratik tidak sama sekali mengubah pendirian Amerika Syarikat dan Israel terhadap Hamas  yang telah berjaya membentuk kerajaan Palestin yang sah.

“Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas. Adalah menjadi pengetahuan umum Amerika Syarikat dan Israel lebih bersikap lunak terhadap kumpulan Fatah yang tewas pilihanraya,” katanya.
Pulaukan NAM
Menurut Saifuddin Nasution lagi, Dr  Zahar yang kecewa dengan layanan Malaysia kemudiannya  memulau persidangan NAM tersebut.

Beliau kemudiannya menemui pimpinan PAS termasuk timbalan presiden ketika itu Nasaruddin Mat Isa. Dr Zahar turut mengutuk tindakan kerajaan BN itu kerana menjemput Qaddoumi dan menganggap keputusan itu sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima oleh kerajaan Palestin.

palestine hamas and fatah unite 270209 01Malahan, kata beliau, Nasaruddin pula kemudian mengeluarkan kenyataan mengecam kerajaan Malaysia sebagai ‘biadap’

“Insiden tersebut memberikan bukti jelas bagaimana tidak konsistennya dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin. Insiden ini menjadi bukti bahawa dasar luar Malaysia terhadap Palestin sebenarnya berkiblatkan dasar Amerika Syarikat dan Israel terhadap Palestin.

“Insiden ini mengesahkan Kerajaan Malaysia tidak dapat membezakan antara kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat Palestin dengan pemimpin Palestin yang ditolak dan tewas dalam pilihan raya.

“Hanya kerana Amerika Syarikat dan Israel tidak mengiktiraf kerajaan Palestin pimpinan Hamas pada ketika itu maka Malaysia juga akur. Bukankah fakta ini dengan sendirinya menolak kenyataan Najib sebaliknya mengesahkan bahawa dasar kerajaan Malaysia terhadap Palestin sebenarnya tidak konsisten?” soalnya.

NONENajib semalam diminta mengulas kekecewaan dan kebimbangan Perdana Menteri Palestin Ismail Haniyeh yang disampaikan ketika pertemuannya dengan Nasharuddin, selaku  Pengerusi Pentadbiran Yayasan al-Quds Malaysia di Kuwait, baru-baru ini berhubung kenyataan Anwar mengenai Israel itu.
Pendirian berbeza
Menurut beliau ketua umum PKR itu sering membuat pendirian berbeza terhadap pendengar yang berlainan dalam isu.

Anwar, sebelum ini pada wawancaranya dengan majalah Wall Street Journal (WSJ)  dilaporkan berkata beliau menyokong usaha menjaga keselamatan Israel. Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

anwar wan azizah and turkey finance minister Mehmet SimsekKenyataannya itu mengundang rasa tidak senang pelbagai pihak termasuk Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu supaya tidak mengiktiraf negara Israel dan mahu Anwar menarik balik kenyataannya itu ataupun menyaman majalah itu jika laporan berkenaan adalah tidak benar.

0 comments:

Post a Comment