4 February 2012

Dana KWSP diguna bagi wang saku BN, kata PKR

PKR hari ini menyelar tindakan kerajaan untuk menggunakan RM1.5 bilion daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah awam kos rendah.

"Malah bank-bank juga tidak bersedia memberi pinjaman. Apakah yang dilakukan oleh panel pelaburan KWSP?

NONE"Mengapa wang KWSP yang digunakan sebagai wang saku BN?" soal naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar (kanan) pada sidang media hari ini.

Sekurang-kurangnya empat bank telah diminta membantu menggubal draf perjanjian pembiayaan, kata Nurul Izzah sambil menyoal mengapa dana KWSP digunakan jika bank komersial sendiri tidak menganggap skim itu sebagai berdaya maju.

"Kita tidak mahu situasi seperti krisis pajak gadai subprima di Amerika Syarikat, di mana peminjam tidak dapat membayar ansuran mereka, jadi KWSP bukan bank (dalam kesusahan)," katanya, sambil mengingatkan bahawa dana KWSP juga telah digunakan untuk membiayai projek transit aliran ringan (LRT).

"Kerajaan tidak boleh membeli undi sesuka hati semata-mata kerana pilihan raya semakin dekat.

"Awak (kerajaan) boleh membantu Projek Perumahan Rakyat (PPR), tetapi jangan gunakan dana KWSP bagi maksud itu," kata Nurul Izzah yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.

low cost housing ppr 131108 02Isnin lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Zainal Abidin dilapor mengumumkan "skim pembiayaan mudah" untuk 20,000 penyewa PPR yang layak dan bakal pembeli yang tidak layak mendapatkan pinjaman bank.

Ketua Penerangan DAP Tony Pua juga menyelar tindakan itu dengan mengatakan bahawa peranan KWSP adalah memastikan pencarum mempunyai simpanan yang mencukupi apabila mereka bersara kelak.

Kedua-dua mereka, Pua dan Nurul Izzah mencadangkan Bank Rakyat dan Malaysia Building Society Bhd mengambil-alih tanggungjawab itu.

Related Posts:

  • Shahrizat dan keluarga dicabar isytihar asetNGO berkaitan PKR - JINGGA 13 - hari ini mencabar menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Jalil dan keluarganya, yang memiliki National Feedlot Corporation (NFC) supaya mengisytiharkan aset mereka dari tahun 2008 hingga 2011.Dal… Read More
  • 'Pinjaman KWSP perumahan untuk sembunyi hutang'Pakatan Rakyat mendakwa langkah kerajaan untuk menggunakan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM1.5 juta untuk menampung pinjaman rumah kos rendah sebagai usaha untuk menyembunyikan hutang negara.Naib Preside… Read More
  • Sandiwara Sharizat dengan SPRM!Sharizat Abdul Jalil menegaskan beliau tidak terlibat dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa oleh pihak berkenaan.  Beliau hadir memberi keterangan hari ini selepas dihubungi oleh pegawai Sur… Read More
  • 'Khir Toyo seperti ingin balas dendam pada Umno'Penafian bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bahawa beliau tidak terlibat menyerahkan konsesi air negeri Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) didakwa seolah-olah mahu membalas dendam kepada Umno.Setiausah… Read More
  • Pemuda PAS mahu k'jaan juarai kempen anti Hari KekasihPemuda PAS hari ini menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih yang jatuh pada minggu depan atas alasan ia mempromosikan aktiviti tidak bermoral.Timbalan ketuanya Nik Abduh Nik Aziz berkata, kerajaan… Read More

0 comments:

Post a Comment