2 February 2012

Bekas Pengarah didenda RM10,500 buat pernyataan palsu

KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM10,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas beliau mengaku bersalah
terhadap tiga pertuduhan membuat pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Hakim Mahmud Abdullah turut memerintahkan bekas pengarah syarikat permotoran Semangat Motor Sdn Bhd, Mohd Nathir Che Suliman, (ulang: Mohd Nathir Che Suliman) dipenjara 18 bulan jika beliau gagal membayar denda itu.

Bagi setiap pertuduhan, mahkamah mengenakan denda RM3,500 atau penjara enam bulan jika beliau gagal membayar denda.

Mohd Nathir membayar denda itu.
Mohd Nathir, 56, didakwa telah membuat pernyataan palsu dalam Penyata Kewangan Semangat Motor Sdn Bhd bagi tahun berakhir 30 Sept 1999, 30 September 2000 dan 30 September 2001 di SSM, Tingkat 13, Putra Place, Jalan Putra, di sini pada 8 April 2002.
Pernyataan palsu yang dikemukakan dalam penyata kewangan adalah seperti berikut: "Syarikat berkenaan terutamanya terlibat dalam juala kenderaan bermotor. Tidak ada perubahan signifikan dalam aktiviti utamanya dalam tempoh tahun kewangan berkenaan". 

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Sesyen 364(2) Akta Syarikat 1965 (Akta 125) yang membawa hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda hingga RM250,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari SSM Mohd Azies Han Mohd Fadzil memohon mahkamah menjatuhi hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh.

Peguam Shahrul Hameed Abdul Wahab, yang mewakili Mohd Nathir, memohon hukuman ringan kerana anak guamnya telah mengaku bersalah dan pengakuannya itu telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

"Anak guam saya tidak bekerja dan perlu menanggung dua anak yang masih kecil. Dia juga telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada SSM semasa siasatan," kata peguam itu. - Bernama

Related Posts:

  • Cedera parah akibat bermandi peluruGOMBAK – Tidak diketahui apa puncanya, tiga lelaki cedera parah akibat terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan pemuda yang memakai topeng ski di Apartmen Gardenia Court di Taman Sri Gombak di sini malam kelmarin. Dala… Read More
  • Budak curi kabel mati kena renjatan elektrikSEREMBAN - Seorang lelaki maut terkena renjatan elektrik, dipercayai ketika cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pasar raya di Jalan Tuanku Munawir, di sini, hari ini. Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, mangsa yang b… Read More
  • Kumpulan kongsi gelap parah kena tetak dengan parang panjang Gambar Hiasan GEORGE TOWN 21 Februari 2012 - Seorang lelaki dipercayai anggota sebuah kumpulan kongsi gelap di sini cedera parah selepas diserang dua lelaki yang bersenjatakan parang panjang di Jalan Anson di sini awal pa… Read More
  • Ketua juruwang Mydin pulak pecah amanah RM46,000KUALA LUMPUR - Seorang ketua juruwang Mydin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah melibatkan RM46,000, Khamis lepas. Rohaiza Tan @ Rohaiza binti Tan, 30, didakwa selaku… Read More
  • Duit Palsu RM50KULIM - Sebuah pemilik restoran di sini dilaporkan telah menerima wang palsu daripada pelanggannya yang bernilai RM50. Ketua Polis Daerah Kulim, Supt. Ghuzlan Salleh berkata, kes itu dikesan apabila pemilik restoran berkenaa… Read More

0 comments:

Post a Comment