7 February 2012

Bapa tergilis anak

KERETA kepunyaan bapa mangsa,   di pekarangan rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis. Gambar kecil menunjukkan keadaan Nurfazliyana selepas digilis.
KERETA kepunyaan bapa mangsa, di pekarangan rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis. Gambar kecil menunjukkan keadaan Nurfazliyana selepas digilis.
Mangsa maut ekori kenderaan tanpa disedari pemandu sedang mengundur

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun maut selepas digilis kenderaan pacuan empat roda yang dipandu bapanya ketika mengundur di rumahnya di Kampung Dusun, Kuala Lipis, dekat sini, petang kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 6.05 petang, Nurfazliyana Jais, dipercayai mengekori bapanya yang hendak ke kebun melihat tanaman.Bapanya, Jais Selamad, 45, tanpa menyedari perkara itu terus menghidupkan kenderaan untuk berundur tetapi berasa seperti melanggar sesuatu lalu keluar untuk melihatnya.

Beliau terkejut apabila mendapati anak bongsunya terbaring berlumuran darah di kepala dan terus membawanya ke Hospital Kuala Lipis (HKL).

Sebelum kejadian, Jais bersama isteri, Rosaida Mustafa, 39, dan empat anaknya termasuk Nurfazliyana menikmati bubur di rumah mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata siasatan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala akibat digilis tayar pacuan empat roda berkenaan. 
Katanya, polis sudah mengambil keterangan bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Jais yang dihubungi masih dalam kesedihan kerana kehilangan anak bongsu kesayangannya.

Walaupun reda dengan kejadian itu, dia tetap sedih kerana kejadian itu amat memilukan.

“Saya tidak akan dapat memaafkan diri saya dengan kejadian ini.

“Kami sekeluarga sedang menikmati bubur yang saya beli di sebuah restoran makanan segera di bandar Jerantut.

“Seketika kemudian, saya menyatakan hasrat pergi melihat tanaman di kebun tanpa menyedari arwah berada di belakang kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dusun, kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Related Posts:

  • Kemalangan yang mengerikan SEORANG pegawai polis melihat keadaan kereta Perodua Kancil yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Siti Nurnajwa maut di Alor Gajah, Melaka semalam. ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak perempuan … Read More
  • Lemas ketika tangkap udang BAPA mangsa, Sudin Haron, 62, berdoa semasa kerja-kerja mencari anaknya dijalankan di Pantai Puteri semalam. MELAKA - Sorang tukang gunting rambut yang menggunakan langgai untuk menangkap udang geragau mati lemas sele… Read More
  • Dikejutkan dengan dentuman kuat MENDAP...ruang hadapan sebuah rumah yang mendap di Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, Shah Alam. SHAH ALAM: Tidur nyenyak lebih 1,000 penduduk di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7 berhampiran i-City, di… Read More
  • Mati berkayuh 10km ke sekolahALOR SETAR: Seorang bapa tidak menyangka tindakannya membelikan anak sulungnya sebuah basikal bagi memudahkannya ke sekolah berakhir tragedi apabila mangsa maut dalam kemalangan Jalan Alor Setar-Kangar, dekat sini, semalam… Read More
  • Terjatuh dari tingkat 14 ANAK panah menunjukkan arah Tong Sing terjatuh dari tingkat 14 di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Selepas dikejutkan dengan kejadian 14 buah motosikal hangus angkara perbuatan khianat kelmarin, … Read More

0 comments:

Post a Comment