KUALA LUMPUR: Hasrat murni seorang adik mahu membetulkan kesalahan  abang kandungnya mengundang padah apabila dia bukan saja dipukul malah  kaki kirinya turut ditetak dengan parang dalam kejadian di kawasan flat  di Jalan Kenanga, di sini, Sabtu lalu.
  Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang berusia 26 tahun  menasihatkan abangnya berusia  30-an supaya berhenti memburukkan nama  adik perempuan mereka dengan menuduhnya sebagai pelacur hingga  menimbulkan kemarahan lelaki terbabit. 
  Akibat perbuatan kejam itu, mangsa menerima 10 jahitan di kaki  kirinya dan mengalami kecederaan di seluruh tubuh serta masih ditahan di  wad hospital untuk rawatan lanjut. 
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa bersendirian ke rumah abangnya untuk berbincang mengenai masalah berkenaan.
Dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa bersendirian ke rumah abangnya untuk berbincang mengenai masalah berkenaan.
Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa memanggil abangnya keluar dan berbincang mengenai keceluparan abangnya itu yang sengaja menuduh adik perempuan mereka sebagai pelacur.













0 comments:
Post a Comment