26 January 2012

Ribut ‘sedut’ bangunan sekolah

IPOH: “Saya mungkin buta jika serpihan kayu dan batu siling itu menikam ke mata kiri saya. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih terselamat dan hanya cedera ringan,” kata murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) al-Ansari Ulu Chemor, Ubaidilah Mohd Zamri, 12, yang terselamat dalam kejadian ribut taufan petang Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, bangunan sekolah yang menempatkan 39 pelajar tahfiz terbabit seolah-olah ‘disedut’ ke udara sebelum ranap menyembah bumi. Mangsa berkata, kejadian ribut dan hujan lebat itu berlaku ketika semua pelajar berehat dan menunggu masa untuk menunaikan sembahyang Maghrib.

“Ketika itu saya bersama pelajar lain berada di ruang rehat sekolah untuk bersembahyang kerana ruang solat basah terkena tempias hujan lebat.

“Ustazah mengarahkan saya melaungkan azan. Ketika itu ribut menggoncang bangunan sekolah sebelum siling jatuh menimpa kami,” katanya.

Menurutnya, serpihan siling dan batu itu melayang mengenai mukanya menyebabkan dia menahan sakit sambil mencari tempat berlindung.

“Kami kelam-kabut lari menyelamatkan diri apabila sebatang pokok kelapa tumbang dan menimpa pula bangunan sekolah serta empat rumah berhampiran.


“Saya yang berada di bawah runtuhan itu, bagaimanapun amat bernasib baik kerana tidak ditimpa batang pokok kepala itu,” katanya.

Related Posts:

  • Terjatuh dari tingkat 14 ANAK panah menunjukkan arah Tong Sing terjatuh dari tingkat 14 di PPR Seri Semarak, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Selepas dikejutkan dengan kejadian 14 buah motosikal hangus angkara perbuatan khianat kelmarin, … Read More
  • Mati berkayuh 10km ke sekolahALOR SETAR: Seorang bapa tidak menyangka tindakannya membelikan anak sulungnya sebuah basikal bagi memudahkannya ke sekolah berakhir tragedi apabila mangsa maut dalam kemalangan Jalan Alor Setar-Kangar, dekat sini, semalam… Read More
  • Kemalangan yang mengerikan SEORANG pegawai polis melihat keadaan kereta Perodua Kancil yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan Siti Nurnajwa maut di Alor Gajah, Melaka semalam. ALOR GAJAH - Seorang kanak-kanak perempuan … Read More
  • Anak hampir tertelan skru besi dalam rotiPULAU PINANG 15 Feb. - Bapa seorang pelajar di sebuah sekolah menengah asrama penuh di sini mendakwa anaknya hampir tertelan sebatang skru besi ketika menikmati roti ban yang diedarkan sekolah berkenaan. Anuar Abu Kassim, 4… Read More
  • Dikejutkan dengan dentuman kuat MENDAP...ruang hadapan sebuah rumah yang mendap di Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, Shah Alam. SHAH ALAM: Tidur nyenyak lebih 1,000 penduduk di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7 berhampiran i-City, di… Read More

0 comments:

Post a Comment