26 January 2012

Ratu cantik lari dari rumah

JAKARTA: Ratu Cantik Indonesia 2011, Astrid Ellina mengaku, dia meninggalkan rumah sejak enam bulan lalu.

Dia berkata, ayahnya, Fredrich Yubadi sering mengabaikannya.

Dalam satu pengumuman yang dibuat di akhbar, Fredrich berkata dia telah memutuskan hubungan kekeluargaan dengan Ellina.

Ellina berkata, walaupun dia telah keluar dari rumah, dia tidak memutuskan hubungan mereka begitu saja.

Katanya, dia telah beberapa kali cuba untuk menghubungi ayahnya tetapi tidak diendahkan.

“Sudah beberapa kali saya meninggalkan pesan kepadanya tetapi tidak berbalas,” katanya semalam.

Menurut Ellina, 20, sewaktu hari ulang tahun ayahnya dia mengucapkan selamat hari jadi, tetapi tidak dibalas.

“Saya menghantar pesan mengucapkan selamat hari jadi tetapi dia tidak membalasnya,” katanya.

Iibu bapa Ellina bercerai ketika usianya dua tahun.

Kemudian, dia mengikut ibunya tinggal di Amerika Syarikat selama 16 tahun.

Dia pulang ke Indonesia dan tinggal bersama ayahnya sejak tiga tahun lalu. - Detikhot.

Related Posts:

  • Gadis menyamar lelaki demi cinta sejenishttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=5110593913788667514LONDON: Seperti remaja normal, Gemma Barker kelihatan meminati kumpulan penyanyi lelaki, gemar siri televisyen dan mengimpikan hidup sebagai pelakon.Namun, di s… Read More
  • Laman web bantah undang-undang anticetak rompak ASWASHINGTON: Wikipedia bercadang ‘bergelap’ hari ini, manakala Google dan laman sesawang lain merancang protes bersama bagi menyatakan kebimbangan terhadap cubaan Kongres Amerika Syarikat menggubal peraturan mengekang aktiv… Read More
  • Lima pelancong asing dibunuhADDIS ABABA - Seramai lima pelancong asing dibunuh penyerang tidak dikenali di Afar terletak di timur laut Ethiopia, menurut stesen televisyen tempatan, kelmarin. Kementerian Pertahanan mengesahkan sekumpulan pelancong dis… Read More
  • Tiada bukti kukuh Mubarak bersubahat KAHERAH - Peguam bela kepada bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, kelmarin mempertikaikan kebe­na­­­ran dakwaan pihak pendakwa raya bahawa anak guamnya mengarah… Read More
  • Aktivis muda Iran ditembak mati di Houston HOUSTON - Seorang pelajar perubatan Texas, yang dikenali sebagai aktivis isu-isu Iran, ditemui mati ditembak tid… Read More

0 comments:

Post a Comment