26 January 2012

Puting beliung akibatkan tujuh mati

JAKARTA - Puting beliung dan angin kencang yang melanda beberapa kawasan di pulau Jawa dan Bali pada Rabu mengakibatkan tujuh orang maut, 51 cedera dan lebh 1,000 rumah penduduk rosak.
Mangsa yang terbunuh akibat ditimpa pokok terdiri daripada tiga orang di Purbalingga, masing-masing seorang di Jakarta Selatan dan Wonosobo serta dua orang di Bali.
 
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) mencatatkan 22 daerah dan bandar dilanda puting beliung pada Rabu iaitu Jakarta Selatan, Kepulauan Seribu, Bekasi, Sukabumi, Indramayu,  Magelang, Semarang, Sleman, Wonosobo, Purbalingga, Banjarnegara, Ponorogo, Ngawi, Magetan, Situbondo, Kediri, Blitar, Malang, Bangkalan, Sumenep dan Bali.
 
Kerosakan rumah paling banyak ialah di Kepulauan Seribu yang melibatkan sejumlah 499 rumah.
 
BNPB berkata puting beliung dan angin kencang yang berlaku semalam dipengaruhi siklon tropika IGGY yang berada di Lautan Hindi di sebelah Selatan Bali dan Nusa Tenggara.
 
Mengikut ramalan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika (BMKG) Indonesia, siklon tropika IGGY membawa kesan tiupan angin berkelajuan lebih 36 km sejam dan gelombang laut setinggi empat hingga enam meter di beberapa perairan Indonesia. - BERNAMA

Related Posts:

  • Seorang lelaki terperangkap tiga hari dalam lumpur ALBUQUERQUE (New Mexico): Seorang lelaki merempat yang terperangkap dalam lumpur dekat Sungai Rio Grande di bandar raya ini selama tiga hari diselamatkan, semalam selepas beberapa pelajar sekolah tinggi yang berada di situ t… Read More
  • 4 balik majlis pengebumian maut PENDUDUK Pattani mengebumikan mangsa tembakan renjer Thailand. - Foto AFPPATTANI: Renjer tentera Thailand menembak mati empat orang termasuk seorang warga tua dan seorang remaja di selatan negara itu kerana menyangka diseran… Read More
  • Lagi gempa bumi 5.2 magnitud landa Sumatera Utara, Indonesia KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Ritcher melanda Sumatera Utara, Indonesia pada jam 9.20 malam tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan melaporkan gempa itu berpusat di 10… Read More
  • Pelajar farmasi parah jatuh tingkat empat NURUL LISDA ditemani kakaknya, Noor Hezline di HospitalSungai Buloh. SUNGAI BULOH – Kegembiraan seorang pelajar perempuan yang baru selesai menonton Anugerah Juara Lagu 2011 (AJL 2011) berakhir dengan tragedi apabila dia … Read More
  • Hairan padi kering, tidak berisi PINANG TUNGGAL - Lebih 80 pesawah sekitar daerah Lembah Raja dan Ekor Kucing di sini mengalami kerugian ribuan ringgit apabila padi yang sedia untuk dituai bertukar menjadi kering dan tidak berisi. Penyakit misteri tanaman y… Read More

0 comments:

Post a Comment