26 January 2012

Penyangak tabur paku atas jalan

JAKARTA: Satu sindiket dipercayai terbabit menabur paku di jalan raya di sekitar bandar raya ini bagi tujuan meningkatkan perniagaan bengkel bergerak mereka.

Setap hari sebelum terbit mata hari, anggota kumpulan berkenaan mensabotaj jalan raya dengan menaburkan ratusan paku dan objek tajam yang lain sebelum mendirikan bengkel di tepi jalan.

Mereka kemudian menanti kedatangan mangsa dengan tayar kenderaan yang pancit. “Saya amat bosan. Saya tidak boleh terus membelanjakan pendapatan saya dengan membeli tayar baru. Andai kata saya dapat tangkap mereka yang terbabit, saya akan menelanjangkannya dan memaku setiap liang roma tubuhnya,” kata pemandu teksi motor, Talib, 30, dengan nada marah.

Dia menjadi mangsa tayar pancit minggu lalu dan kembali ke tempat kejadian untuk mencari penyangak terbabit.

“Kami akan paksa mereka telan paku itu. Biarkan mereka merasakan kesakitan kami dan belajar beberapa adab,” kata rakan Talib, Sulaiman, 50.

“Biasanya, penyangak berkenaan akan mengisi kotak mancis dan karung plastik dengan paku dan objek tajam serta menaburkannya di jalan raya yang sibuk pada awal pagi,” kata jurucakap polis.

Menurutnya, perbuatan itu sudah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

“Apabila mangsa pergi kepada mekanik tepi jalan, mereka sering diberitahu bahawa tayar mereka perlu ditukar baru sementara kosnya dua kali ganda berbanding biasa,” kata Rikwanto.

Bagi mekanik terbabit yang bekerja secara berpasangan, seorang menabur paku dan seorang lagi membaiki, pendapatan antara RM66 hingga RM122 sehari adalah biasa.

Ia perniagaan yang baik di negara yang separuh daripada 240 juta penduduknya hidup dengan pendapatan kurang daripada RM6 sehari.

Bulan lalu, polis menahan lapan suspek yang berdepan dengan hukuman penjara lima tahun atas tuduhan merosakkan harta benda, kata Rikwanto.

“Kami masih menjejaki lebih ramai suspek. Kami menerima begitu banyak aduan daripada pengguna jalan raya tetapi sukar untuk menangkap penyangak itu,” katanya. - AFP

Related Posts:

  • Kematian akibat serangan jantung semakin berkurangLONDON 26 Jan. – Satu kajian mendapati, kematian akibat serangan jantung telah menurun dalam tempoh kurang dari 10 tahun. Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan ahli-ahli akademik Jabatan Kesihatan Umum Universiti Oxford, … Read More
  • 'Perangkap bookie' Sumber SPRM sahkan hanya seorang pemain Perlis terbabit atur perlawanan KANCAH bola sepak tanah air seakan-akan mahu meniti semula 'era kegelapan'.  Semalam, sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays… Read More
  • Pameran ibadah haji di London Sebuah daripada kitab suci Al-Quran, dipercayai antara yang tertua turut dipamerkan di Muzium Britain sempena pameran Hajj: Journey At The Heart Of Islam di tengah London, yang bermula semalam. - AFP LONDON 26 Jan. - Mu… Read More
  • Padah guna identiti abangTOKYO: Seorang lelaki memalsukan kematiannya dengan menggunakan identiti abang yang sudah meninggal dunia kerana cuba mengelak membayar hutang, kata polis dan media semalam. Tsukasa Oizumi sentiasa memandu menggunakan les… Read More
  • Pengguna kritik polisi privasi GoogleLONDON 26 Jan. - Pengguna Google selepas ini mungkin akan merasa 'terbeban' setiap kali melayari laman carian popular itu susulan rancangannya untuk menghubungkan maklumat pengguna antara e-mel, video, rangkaian sosial dan… Read More

0 comments:

Post a Comment