16 January 2012

Pekerja kilang maut digilis

SHAH ALAM: Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan ke tempat kerja maut digilis lori di Kilometer 1.8, Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), berhampiran Loji Percetakan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad, di sini, semalam.
Suhaimi Zulkify, 34, mati di tempat kejadian selepas cedera parah akibat kemalangan itu.

Pemangku Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Deputi Superintendan Ismail Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati lori berkenaan dipandu seorang lelaki dari Sungai Buloh dan apabila sampai tempat kejadian tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa dari arah belakang bergesel menyebabkan mangsa terjatuh di bawah lori itu.
“Dalam kemalangan jam 7 pagi itu, mangsa meninggal dunia selepas cedera parah hampir seluruh badan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan, kemalangan itu turut menyebabkan berlaku kesesakan luar biasa selama beberapa jam kerana lokasi kejadian berhampiran jalan masuk Taman Industri Bukit Jelutong yang menempatkan pelbagai jenis kilang.

Related Posts:

  • Bapa undur kereta lenyek kepala anak  Seorang kanak-kanak perempuan berusia 18 bulan maut digilis kereta yang sedang diundur bapanya di rumah mereka di Kampung Dusun, Kuala Lipis petang Selasa. Nurfazliyana Jais maut di tempat kejadian ak… Read More
  • Wanita OKu terselamat dari kebakaranSUNGAI PETANI — Setelah menyedari rumahnya terbakar, seorang wanita kelainan upaya (OKU) Faizah Adnan, 35, segera mengejutkan dua orang adiknya yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri.  Dalam kejadian pada pukul 9.1… Read More
  • Seorang pekerja syarikat utiliti yang bermimpi dikejar pokok kelapa sawit, ditemui matiPONTIAN: Seorang pekerja syarikat utiliti yang bermimpi dikejar pokok kelapa sawit, ditemui mati dihempap pokok kelapa sawit yang ditebang di kebunnya di Kampung Tengah Ayer Baloi dekat sini, pagi semalam. Dalam kejadian… Read More
  • Ibu berhadapan asap tebal HANGUS...dua rumah terbakar menyebabkan kerugian lebih RM200,000, kelmarin. KUANTAN: “Dalam keadaan kelam-kabut dan asap tebal, saya terpaksa menahan nafas sambil meraba-raba mencari dua anak yang ketika itu terperangkap d… Read More
  • Anggota polis dan anak tirinya ditemui mati lemas ANGGOTA bomba mengangkat mayat Muhammad Hasryzam yang ditemui lemas ketika mandi manda di Pantai Cherating, Kuantan semalam. KUANTAN - Sangkaan mandi di Pantai Cherating di sini lebih selamat berbanding Teluk Chempedak ya… Read More

0 comments:

Post a Comment