26 January 2012

Padah guna identiti abang

TOKYO: Seorang lelaki memalsukan kematiannya dengan menggunakan identiti abang yang sudah meninggal dunia kerana cuba mengelak membayar hutang, kata polis dan media semalam.

Tsukasa Oizumi sentiasa memandu menggunakan lesen abangnya sebelum dia meninggal dunia, untuk pergi ke mana-mana tempat. 

Ini disebabkan lesen Oizumi, 58, sudah dibatalkan kerana dia didapati berulang kali melakukan kesalahan lalu lintas, lapor akhbar Mainichi. 

Apabila abangnya jatuh sakit dan menemui ajal dalam usia 56 tahun pada 2008, Oizumi memutuskan untuk menggunakan identiti itu sepenuhnya.

Pada masa itu, dia memberitahu pihak berkuasa bahawa mayat itu adalah dirinya. Malah, doktor yang berurusan dengan mayat abangnya tidak mengesyaki apa-apa, kata akhbar Asahi Shimbun.

Mayat abangnya kemudian dibakar, sesuatu yang biasa di Jepun. Oizumi terus menuntut manfaat keselamatan sosial menggunakan nama abangnya bagi menjaga ibu mereka yang sudah tua dan uzur di rumah.

Namun, selepas tiga tahun, Oizumi menyerah diri di pejabat kebajikan tempatan Jun lalu kerana ‘rasa bersalah,” kata Asahi.
Polis yang mengambil masa beberapa bulan membuktikan kebenaran pengakuan Oizumi, menahannya kel marin.

“Dia didakwa menyamar sebagai abangnya yang sudah mati dan mendaftarkan data palsu untuk sijil rasmi,” kata jurucakap polis.

Akta Daftar Banci menetapkan, sijil kematian mesti ditandatangani dan diperakui seorang doktor.

Apapun, doktor yang melakukan pembedahan bedah siasat terhadap abangnya percaya Oizumi apabila dia berkata: “Saya abangnya dan orang yang mati adalah adik saya,” katanya.

Seorang pegawai kanan di pusat perubatan Adachi, berkata: “Sijil kematian adalah berdasarkan pemeriksaan dan laporan doktor.

“Jadi, adalah sukar untuk mengesan penipuan itu,” katanya. – AFP/Agensi

Related Posts:

  • Guna peranti penyesak untuk halang pelajar tiruSALZBURG: Seorang guru besar sebuah sekolah menengah di Austria nyaris dikenakan tindakan mahkamah selepas bertindak untuk mengesan bakal peniru satu peperiksaan dengan menggunakan idea berteknologi tinggi, tetapi salah di… Read More
  • Ketua kampung bakar pejabat kerajaanHONG KONG: Polis China menahan seorang ketua kampung di utara negara itu selepas dia membakar hangus pejabat kerajaan bagi membantah amalan rasuah, kata satu pertubuhan hak asasi manusia semalam. Akibat tindakan Gao Jinje i… Read More
  • 5 bulan simpan mayat bapa kerana wangLONDON: Seorang lelaki berdepan dengan hukuman penjara selepas dia ditemui tinggal bersama-sama mayat bapanya selama lima bulan bagi membolehkan dia menuntut wang bantuan sara hidup si mati. Christopher Blackburn, 28, dita… Read More
  • Lee pertahan gaji tinggi menteriSINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, semalam berkata dia mungkin mendapat gaji lebih tinggi berbanding Barack Obama, tetapi Presiden Amerika Syarikat itu mempunyai pelbagai kelebihan, seperti perjalanan p… Read More
  • Bunuh zirafah untuk seronok KELUARGA ini membayar ratusan ribu ringgit untuk menembak mati zirafah ketika memburu secara sah. LONDON: Gambar menunjukkan satu keluarga bergembira ketika bergambar bersama zirafah yang mereka tembak mati… Read More

0 comments:

Post a Comment