17 January 2012

Lee pertahan gaji tinggi menteri

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, semalam berkata dia mungkin mendapat gaji lebih tinggi berbanding Barack Obama, tetapi Presiden Amerika Syarikat itu mempunyai pelbagai kelebihan, seperti perjalanan percuma menaiki pesawat Air Force One dan percutian di Camp David.
Mempertahankan kadar gaji tinggi di kalangan menteri Singapura, Lee berkata, negara itu tidak boleh mencontohi struktur gaji lebih rendah di negara lebih besar seperti AS atau Britain.

Parti Tindakan Rakyat yang membentuk kerajaan Singapura bersikap defensif sejak pilihan raya umum Mei tahun lalu apabila pembangkang mengkritik skim gaji pegawai kanannya.
Lee, 59, berjanji mengkaji semula struktur gaji semasa bagi mengurangkan kemarahan rakyat dan cadangan sebuah jawatankuasa bagi memotong peruntukan itu sekurang-kurangnya satu per tiga.

Bagaimanapun, menteri Singapura kekal menjadi antara penerima gaji tertinggi di dunia.

Lee menerima gaji RM5.4 juta setahun walaupun selepas dipotong 36 peratus mengikut skala bayaran yang disemak semula.

Jumlah itu lebih empat kali ganda berbanding gaji Obama sebanyak RM1.3 juta setahun.

Kata Lee, memang Obama menerima bayaran lebih rendah berbanding dirinya.
“Namun, penghuni Rumah Putih menggunakan Air Force One, tinggal di rumah berkenaan dan bercuti di Camp David,” katanya di Parlimen, semalam.

Air Force One adalah pesawat rasmi Presiden AS, manakala Camp David adalah pusat percutian di negara itu.

Lee berkata, Presiden AS juga menerima berjuta-juta dolar selepas bersara.

“Apa yang perlu dilakukan cuma tampil sesekali, membuat sedikit kenyataan dan menerima ratusan ribu dolar pada satu-satu masa,” katanya. - AFP

Related Posts:

  • Saintis Membuktikan Nabi Musa Membelah Laut Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala tenteranya dalam Laut Merah.Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal ini dan hadi… Read More
  • Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan Negara HARAM Israel tidak akan berkekalan. Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan.  Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Al… Read More
  • Hebatnya ciptaan Allah,Obor-Obor Raksasa Sebesar Ikan Paus Dikenali dengan nama Nomura, ia adalah spesies obor-obor yang hanya terdapat di laut Jepun, dan diiktiraf sebagai obor-obor terbesar di dunia.  Info Ringkas: Diameter obor-obor ini lebih besar sedikit daripada ke… Read More
  • Rokok meletupLelaki cedera rokok elektronik meletup FLORIDA: Seorang lelaki hilang beberapa batang gigi selain cedera lidah dan wajahnya melecur teruk apabila rokok elektronik yang dihisap dalam usaha meninggalkan tabiat merokok, mele… Read More
  • Tidak Pernah Potong Rambut Selama 14 Tahun BEIJING – Seorang wanita, Ni Linmei yang tinggal di Taiyuan, wilayah Shanxi, China memiliki rambut sepanjang 2.53 meter. Linmei yang berusia 55 tahun menyimpan rambut itu sejak 14 tahun lalu.Beberapa jirannya turut membantu … Read More

0 comments:

Post a Comment