26 January 2012

Komunikasi punca 'ponteng'

KHAIRUL Fahmi (kiri) merenung jauh ketika menanti giliran ketika sesi  latihan pertamanya bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam.
KHAIRUL Fahmi (kiri) merenung jauh ketika menanti giliran ketika sesi latihan pertamanya bersama Harimau Muda di Wisma FAM, Kelana jaya, petang semalam.
 
Apek enggan ulas isu 'gagal hadir' elak cetus kontroversi baru

MASALAH komunikasi dikaitkan sebagai punca penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat gagal hadir untuk latihan pusat hari pertama bersama skuad Harimau Muda, kelmarin.

Tanpa mahu memanjangkan isu itu, pemain berkenaan yang dikenali Apek tidak mahu memberi sebarang komen melainkan menyerahkan jalan penyelesaian kepada pihak pengurusan skuad Kelantan.

Berlaku sedikit salah faham kerana KAFA memang sudah memberi kebenaran kepada Apek untuk menyertai latihan bersama skuad negara. Dia (Apek) sudah ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk menyertai latihan negara dan memberi penjelasan sebenar yang berlaku. - Annuar Musa, Presiden KAFA 
 
“Memang saya tahu dan perlu lapor diri bersama skuad Olimpik tapi saya tidak mahu komen mengenai hal ini bagi mengelakkan timbul masalah baru. Saya serahkan hal ini kepada pihak pengurusan memberi penjelasan dan membuat sebarang keputusan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa ketika dihubungi semalam menjelaskan betapa wujud sedikit masalah komunikasi yang berlaku menyebabkan masalah ini timbul.

“Berlaku sedikit salah faham kerana KAFA memang sudah memberi kebenaran kepada Apek untuk menyertai latihan bersama skuad negara. Dia (Apek) sudah ke Kuala Lumpur hari ini (semalam) untuk menyertai latihan negara dan memberi penjelasan sebenar yang berlaku,” katanya.

Apek yang juga penjaga gol nombor satu Kelantan musim ini dikatakan ‘ponteng’ pada sesi latihan pertama skuad Olimpik di Wisma FAM, petang kelmarin.

Malah jurulatih skuad negara, Ong Kim Swee sendiri menjelaskan dia masih belum menerima sebarang penjelasan daripada Apek dan KAFA berhubung kegagalan penjaga gol itu untuk melaporkan diri pada latihan pertama skuad Olimpik.

Related Posts:

  • Rentetan Peristiwa Pencerobohan Di Lahad Datu Keadaan agak meruncing.Setakat jam 2 petang tadi, beberapa laporan tidak rasmi menyebut 10 tentera Sultan Sulu terbunuh dalam insiden tembakan yang berlaku di sekitar Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah.Jurucakap tentera p… Read More
  • Ampang Jaya: Penyanyi Wanita Belasah Suami Sampai Mati Seorang penyanyi wanita sanggup membelasah suaminya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati gara-gara tidak mahu mangsa bertemu dengan anak perempuan mereka berusia setahun.Dalam kejadian jam 5 petang kelmarin, … Read More
  • Subhanallah! Air Terjun Pelangi di Kuantan, Pahang Air terjun pelangi nie terletak di Sungai Lembing, Kuantan. Kejadian pelangi yang terdapat di air terjun setinggi 50 meter ini sangat mengasyikkan dan menunjukkan betapa indahnya alam ini. Berbekalkan hanya sinaran menta… Read More
  • Taktik Jenayah Samun ‘Tepuk Bahu’ di ATM  Dua orang ahli sindiket menghampiri mangsa.  Ahli sindiket jatuhkan wang yang ‘kononnya’ milik mangsa. Ahli sindiket lagi seorang akan bertindak pantas dengan mengambil wang dan menukar kad ATM mangsa… Read More
  • Badan Hancur Diseret Kereta 20 Meter Sebenarnya memang tidak dinafikan, memandu kenderaan seperti motosikal terdedah kepada bahaya berbanding menaiki kereta. Satu kejadian yang menyayat hati ini telah mengakibatkan seorang penunggang motosikal maut ditempat ke… Read More

0 comments:

Post a Comment