16 January 2012

Jabatan penjara nafi guna kekerasan terhadap 200 banduan

KUALA LUMPUR: Jabatan Penjara menafikan dakwaan warga kerja Penjara Sungai Buloh menggunakan kekerasan berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan ke atas 200 banduan Blok Berkat dalam satu kejadian 4 Jan lepas.
Ketua Seksyen Dasar Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim berkata hanya empat banduan dan dua petugas mengalami cedera ringan dalam bentuk calar dan telah diberi rawatan di klinik penjara itu.

"Begitu juga tiada kejadian memukul berlaku selepas banduan berkenaan telah dapat dikawal dan dimasukkan ke bilik masing-masing," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah portal berita pada Rabu lepas yang mendakwa kekerasan berlebihan diguna bagi mengawal banduan terbabit yang dikatakan tidak berpuas hati dengan pemeriksaan ke atas diri dan sel mereka.

Supri berkata ketegangan itu berlaku dalam tempoh kira-kira 10 minit dan telah dapat dikawal oleh 10 anggota yang bertugas. - Bernama

Related Posts:

  • Lepas pelukan setelah dipujuk ANGGOTA polis memerhatikan seorang lelaki memeluk mayat Kah Kah selepas dia tidak dapat menerima hakikat wanita itu telah mati setelah terjatuh dari tingkat 17 Flat Taman Utara, Batu Uban, George Town semalam. GEORG… Read More
  • Pejabat dipecah masuk lapan kali JASON menunjukkan alat pendingin hawa yang dirosakkan pencuri yang memecah masuk pejabatnya di Taman Shamelin Perkasa, Kuala Lumpur semalam. KUALA LUMPUR - Sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada Isnin dan Selasa lalu tid… Read More
  • Ekoran nasib Fifi, penduduk Kg Baru mula bimbang KUALA LUMPUR - Insiden kanak-kanak berusia 10 tahun, Fifi Ramadhani Safruddin, yang dijadikan tawanan selama enam jam oleh seorang lelaki di rumahnya di Kampun… Read More
  • Tiga kesan calar pada leher Fifi KUALA LUMPUR - Polis hari ini mengesahkan kanak-kanak yang menjadi mangsa tebusan seorang lelaki bersenjatakan pisau di Kampung Baru di sini pada Isnin lepas mengalami tiga kesan calar berpunca daripada pisau y… Read More
  • Ibu: Fifi Ramadhani masih trauma KUALA LUMPUR- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Fifi Ramadhani Safruddin, yang dijadikan tebu… Read More

0 comments:

Post a Comment