26 January 2012

Berdosa percaya ramalan kiamat


ENTRI blog johneox.wordpress.com mengaitkan kemungkinan berlaku kejadian huru-hara pada tahun 2012. Gambar kecil mohamad shukri.



KUALA LUMPUR - Kiamat bukan satu teka-teki dan orang Islam ditegah daripada mempercayai sebarang teori ramalan mengenai perkara itu sebaliknya perlu mempersiapkan diri untuk menghadapi detik itu.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perbuatan mempercayai ramalan hari kiamat adalah berdosa kerana tiada seorang pun di dunia ini mengetahui bilakah hari berlaku kiamat.

Menurut beliau, hari kiamat ialah perkara ghaib yang wajib dipercayai orang Islam kerana ia merupakan sebahagian daripada Rukun Iman dan disebut di dalam al-Quran.

"Nabi Muhammad sendiri pernah memberitahu umatnya perkara-perkara yang menandakan hari kiamat telah hampir tiba tetapi tidak menyatakan bila ia akan terjadi.

"Justeru, persoalan utamanya kini ialah bukan bila hari kiamat akan tiba tetapi apakah persiapan yang telah kita lakukan untuk menyambut ketibaannya," katanya sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas entri blog johneox.wordpress.com yang bertajuk 2012: Tarikh Keramat Atau Kiamat yang disebarkan melalui Internet sejak kebelakangan ini.

Related Posts:

  • Khas untuk Wanita Sebenarnya wanita senang sangat nak masuk syurga jika mereka menjaga beberapa perkara berikut iaitu tutup aurat, jaga solat, puasa, menjaga kemaluan dan taat kepada suami. Jika kesemua perkara ini dapat dijaga, maka pilihla… Read More
  • Kuasa atau tentera Allah swt yang sangat hebat 5. Tornado Angin Tornado adalah suatu angin pusaran yang sangat kuat. Skala di tengah-tengah adalah dari kumpulan arus kuat awan gelap yang merentang ke permukaan bumi. Apabila munculnya angin Tornado, kerap disertai… Read More
  • Ken Livingstone bersumpah akan jadikan London sebagai pusat bandar Islam Datuk Bandar London dari Parti Buruh, Ken Livingstone, bersumpah untuk mengubah bandar London menjadi sebuah pusat bandar Islam dan mendidik rakyat London tentang keyakinan Islam. "Langkah ini akan membantu bandar kami se… Read More
  • Lelaki Bosnia ini sanggup berjalan kaki ke Mekkah untuk menunaikan HajiDemi memenuhi salah satu rukun Islam yang ke lima . Seorang lelaki Bosnia telah memulakan perjalanan untuk menunaikan haji dan mempersiapkan diri untuk menyeberang ribuan batu dengan berjalan kaki. Laporan daripada The Muslim… Read More
  • Kisah Seorang Budak ButaAda seorang budak lelaki yang buta duduk ditepi tangga sebuah bangunan, dan ada sebuah topi dikakinya. Beliau memegang sebuah tanda yang bertulis: “Saya buta, tolonglah.”  Terdapat hanya beberapa keping duit syiling da… Read More

0 comments:

Post a Comment