12 February 2012

Wanita OKu terselamat dari kebakaran

SUNGAI PETANI — Setelah menyedari rumahnya terbakar, seorang wanita kelainan upaya (OKU) Faizah Adnan, 35, segera mengejutkan dua orang adiknya yang sedang tidur untuk menyelamatkan diri. 

Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi semalam, di Kampung Kuala Sedim, di sini rumah yang didiami Faizah lima sekeluarga musnah sama sekali. Faizah yang hanya mampu bergerak dengan menggunakan dua tongkat memberitahu, dia hanya tersedar rumahnya terbakar setelah terpandang bumbung rumahnya sedang dijilat api yang sudah marak. 

"Ketika kejadian emak dan ayah tiada di rumah kerana keluar ke majlis kenduri kahwin tidak jauh dari sini,” katanya kepada pemberita. 

Dia dan adik-adiknya berjaya menyelamatkan diri tanpa dapat membawa keluar apa-apa barang dari rumah.
Bapanya Adnan Ahmad, 60, berkata dia hanya mengetahui tentang kejadian itu melalui seorang jiran yang datang memberitahunya di majlis berkenaan. "Saya terkejut dengan kejadian ini tetapi bersyukur kerana anak-anak saya terselamat dalam kejadian ini,” katanya. 

Sementara itu, Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Nadzmee Syam Ahmad Jamil berkata bomba menerima panggilan kira-kira pukul 9.15 pagi dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian. 

Katanya, 20 anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan kebakaran dapat dipadamkan dalam masa setengah jam dengan bantuan 10 anggota sukarela dari unit bomba sukarela Sungai Petani

Related Posts:

  • 4 balik majlis pengebumian maut PENDUDUK Pattani mengebumikan mangsa tembakan renjer Thailand. - Foto AFPPATTANI: Renjer tentera Thailand menembak mati empat orang termasuk seorang warga tua dan seorang remaja di selatan negara itu kerana menyangka diseran… Read More
  • Jadi pendiam sebelum ajal KUALA BERANG: “Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, arwah paling banyak bercakap tetapi kelmarin tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya dan mungkin itu petanda arwah akan pergi buat selamanya,” kata Nurul Asmalina M… Read More
  • Lagi gempa bumi 5.2 magnitud landa Sumatera Utara, Indonesia KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Ritcher melanda Sumatera Utara, Indonesia pada jam 9.20 malam tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan melaporkan gempa itu berpusat di 10… Read More
  • Pelajar farmasi parah jatuh tingkat empat NURUL LISDA ditemani kakaknya, Noor Hezline di HospitalSungai Buloh. SUNGAI BULOH – Kegembiraan seorang pelajar perempuan yang baru selesai menonton Anugerah Juara Lagu 2011 (AJL 2011) berakhir dengan tragedi apabila dia … Read More
  • Pemandu teksi terima padah apabila masuk laluan mengejut REMUK...teksi yang terbabit kemalangan, semalam. SELAMAT...Safian cedera ringan.KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur terselamat dalam kemalangan ini walaupun teksi remuk teruk selepas melambung sebelum terseret beberapa meter di L… Read More

0 comments:

Post a Comment