17 February 2012

Universiti haram purdah kena serbu



TUNIS: Sekumpulan aktivis menyerbu sebuah universiti di Tunisia, Sabtu lalu, kerana enggan menerima kemasukan seorang pelajar wanita berpurdah, mendedahkan suasana tegang dalam isu agama yang dijangka menjadi fokus pilihan raya bulan ini.

Pilihan raya Tunisia bermula pada 23 Oktober, pilihan raya pertama sejak pemberontakan penduduk meletus di beberapa negara Arab. Pilihan raya terbabit ditandingi penyokong pelaksanaan undang-undang agama dengan penduduk sekular yang percaya nilai liberal terancam.

“Setiausaha Agung universiti diserang pagi ini oleh sekumpulan pelampau agama,” kata Moncef Abdul Jalil, seorang ketua fakulti di universiti Sousse, kira-kira 150 kilometer ke selatan ibu negara Tunisia.

Kira-kira 200 penduduk membuat bantahan di luar fakulti dan menyerbu bangunan sambil membawa kain rentang menuntut hak pelajar untuk memakai purdah, kata Abdul Jalil yang dipetik agensi berita TAP.

“Kejadian ini menyebabkan ramai pelajar dan profesor risau,” katanya.

Saksi memberitahu, selepas kejadian itu, ramai anggota pasukan keselamatan mengepung bangunan fakulti untuk menghalang keadaan lebih teruk.


Pergaduhan di Sousse menyebabkan kemarahan ahli sekular menerusi Facebook. Berikutan gesaan secara online bagi bantahan balas, kira-kira 200 wanita berhimpun di El-Menzah. – Reuters

Related Posts:

  • Lawatan pemimpin tentera Mesir disambut dengan tunjuk perasaan Mohamed Hussein Tantawi (kiri) diiringi Pengerusi Majlis Peralihan Kebangsaan Libya Mustafa Abdel Jalil (kanan) semasa melawat Tripoli, kelmarin. - REUTERS TRIPOLI 17 Jan. - Lawatan pemimpin tentera Mesir ke Libya, sem… Read More
  • Puteri Casiraghi saman media Puteri Charlotte Casiraghi PARIS 17 Jan. - Anak perempuan Puteri Caroline dari Monaco, Puteri Charlotte Casiraghi akan memfailkan saman terhadap media kerana didakwa menceroboh kehidupan peribadinya serta menyiarkan b… Read More
  • Facebook sukar sekat kandungan kesatNEW DELHI 17 Jan. - Gergasi Internet, Google dan Facebook memberitahu mahkamah India, semalam adalah sesuatu yang mustahil bagi kedua-dua syarikat itu menyekat kandungan kesat di dalam laman web mereka. Google dan Facebook… Read More
  • Penduduk China di bandar bertambahBEIJING 17 Jan. - Bilangan penduduk China yang tinggal di bandar dilaporkan mengatasi jumlah penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar buat kali pertama, ekoran peluang ekonomi yang lebih baik di bandar-bandar. Biro Sta… Read More
  • PM Pakistan setuju hadir di mahkamah Yousuf Raza Gilani (kiri) bersalaman dengan Ketua Hakim Mahkamah Agung Pakistan, Iftikhar Mohammad Chaudhry dalam satu pertemuan di kediaman Perdana Menteri di Islamabad, baru-baru ini. - AFP ISLAMABAD 17 Jan. - Perd… Read More

0 comments:

Post a Comment