5 February 2012

Suami gigit jari manis isteri

AMPANG: Pertengkaran sepasang suami isteri mengenai bayaran sewa rumah menjadi ganas selepas lelaki itu menggigit jari manis dan menumbuk pipi serta paha isterinya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita terbabit berusia 20 tahun yang juga pencuci mengalami pendarahan pada jari selain bengkak pada muka dan tubuh kerana dibelasah suaminya.

Menurut sumber polis, sebelum bertengkar wanita terbabit bertanyakan suaminya bila mahu membayar sewa rumah mereka bagi bulan ini yang beberapa hari tertangguh.
“Suami mangsa berusia 30-an mendakwa tiada duit dan meminta mangsa mendahulukan duitnya.

“Namun, mangsa tidak bersetuju membayar sewa rumah menggunakan duitnya kerana tahu suaminya itu tidak mengganti semula wang berkenaan,” katanya.

Katanya, situasi itu menyebabkan pasangan terbabit bertengkar sebelum suami mangsa yang berang mengambil telefon bimbit mangsa dan merosakkannya.

“Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suaminya cuba mengambil kad modul pengenalan pengguna (SIM) telefon bimbit yang terjatuh.

“Bagaimanapun, suami mangsa cuba merebut kad SIM itu dan menggigit jari manis mangsa supaya melepaskan kad berkenaan. Malah, suami mangsa juga menumbuk pipi kanan dan paha mangsa selepas dia enggan menyerahkan kad itu,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang suaminya bertindak lebih ganas melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati sejurus kejadian.

Related Posts:

  • PRU13: Nik Aziz tolak hasrat Hadi KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan keputusan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).Abdul Hadi… Read More
  • 144 syarikat skim pelaburan haram di Malaysia KUALA LUMPUR 23 Jan. - Suruhanjaya Sekuriti (SC) menyenaraikan sebanyak 144 syarikat skim pelaburan dan individu yang menjalankan kegiatan pelaburan secara haram di negara ini. Skim tersebut kebanyakannya adalah skim cepat k… Read More
  • Seorang nelayan maut, 19 selamat dalam tragedi bot karam KUALA KEDAH - Seorang nelayan maut manakala 19 lagi terselamat setelah bot yang dinaiki karam akibat dipukul gelombang di kawasan berhampiran Pulau Songsong, kira-kira 20 batu nautika dari Kuala Kedah, awal pagi ini.Kesemua … Read More
  • Pasangan suami isteri terlantar AHMAD Shukri Ismail (duduk kiri) melihat keadaan Kamarudin Muhammad manakala Umbi Kelasom Hussin terbaring di atas katil di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut, Pahang, semalam. - MINGGUAN/M. RIZAL NOR JERANTUT 28 Jan. - Baga… Read More
  • Israel: Amaran Anwar, 'jangan belit kenyataan saya' SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran keras kepada pihak-pihak yang cuba memutar belit kenyataannya berkenaan Israel dalam satu wawancara bersama Wall Street Journal, kelmarin semata-mata mahu men… Read More

0 comments:

Post a Comment