19 February 2012

Pengebom berani mati warga Maghribi di bangunan Capitol di tahan

WASHINGTON: Seorang imigran Maghribi ditahan, semalam apabila dia cuba melakukan pengeboman berani mati di bangunan Capitol di sini, dalam operasi rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), kata pegawai kerajaan. 

FBI berkata, operasi rahsia itu sebagai sebahagian penyiasatan keganasan jangka panjang dan suspek ditahan beberapa blok dari bangunan Capitol ketika dia cuba meletupkan bahan letupan yang disembunyikan dalam anak baju dipakainya. “Pihak berkuasa berjaya merampas dan menghapuskan bahan letupan dan senjata automatik yang dimiliki suspek,” kata kenyataan dikeluarkan FBI.

Jabatan Kehakiman mengenal pasti identiti suspek sebagai Amine El-Khalifi, 29, imigran dari Maghribi yang tinggal di Virginia secara haram. “Amine didapati cuba meletupkan dirinya di bangunan Capitol,” kata pendakwa raya, Neil MacBride dalam satu kenyataan jabatan itu. 

“Dia dipercayai mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan merancang untuk melakukan pengeboman itu mengikut kaedahnya tersendiri,” kata kenyataan itu. - AFP

Related Posts:

  • Presiden Iblis lawat pejabat Facbook SHIMON PERES (kiri) berbual dengan Mark Zuckerberg di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California Utara kelmarin. SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Presiden Israel, Shimon Peres melawat ibu pejabat Facebook d… Read More
  • Jadi glamour di YouTube lepas minta bantuan kuruskan badan ROBERT GIBBS berdiri semasa dia menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-23 di Livermore pada Jumaat lalu. LIVERMORE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pemuda obes, Robert Gibbs menyentuh perasaan orang ramai apabila … Read More
  • Pengurus Citibank dipenjara 8 tahunJAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia semalam mendapati bekas pengurus perhubungan Citibank, Inong Malinda Dee, 49, bersalah melakukan pengubahan wang haram. Dia memindahkan wang para pelanggannya ke dalam akaun miliknya untu… Read More
  • Sekelip mata hilang RM1.15 trilion  NERO Blevins (kiri) membantu Earl Deming mengumpul barangan miliknya di bawah runtuhan bangunan dua tingkat di kawasan komuniti Middle Fork, Daerah Johnson, Amerika Syarikat. Kerosakan itu berikutan ribut yang memu… Read More
  • Bekas Isteri sultan Brunei kena tipuLONDON - Mariam Aziz yang merupakan bekas isteri Sultan Hassanal Bolkiah yang memerintah Brunei mendakwa seorang bekas pengawal peribadinya mencuri dan menjual barangan kemas bernilai £12 juta (RM57.2 juta), lapor akhbar M… Read More

0 comments:

Post a Comment