5 February 2012

Pembantu jurutera selamatkan 23 pelajar


KLANG - Tindakan pantas seorang penolong jurutera mengarahkan pelajar sebuah sekolah agama di sini keluar menyelamatkan diri apabila melihat asap tebal dari bangunan itu, menyelamatkan nyawa 23 pelajar sebuah sekolah agama di Batu 7 Jalan Meru, di sini hari ini.

Ketika kejadian pada pukul 3.54 petang itu, kesemua 23 pelajar sekolah agama Pusat Tahfiz Darul Mustafa itu sedang nyeyak tidur dalam sebuah bilik bagunan rumah setingkat yang dijadikan sekolah itu.

Sahipulbahry Sahiddin, 46, berkata, beliau segera berlari ke sekolah itu apabila melihat asap tebal keluar dari rumah teres berkenaan.

"Ketika saya tiba di sekolah itu, semua pelajar termasuk dua anak lelaki saya sedang tidur dalam sebuah bilik. Kebakaran bermula dari sebuah bilik di bahagian belakang.

"Saya segera mengejutkan mereka semua dan mengarahkan mereka keluar dari kawasan sekolah sebelum api merebak. Selepas itu saya telefon bomba," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dan Kota Raja mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah lain.

Bagaimananapun, sekolah yang mula dijadikan sekolah agama sepenuh masa pada tahun 2010 dan mengambil pelajar dari umur 11 hingga 17 tahun itu, musnah dalam kebakaran itu.

Pemilik rumah, Mohd Salehhodin Sabiyee, 49, berkata ketika kejadian kebanyakan penghuni di kawasan itu menghadiri majlis perkahwinan di rumah bersebelahan sekolah itu.

"Api merebak dengan cepat menyebabkan pelajar tidak sempat menyelamatkan barangan mereka," katanya dan memberitahu kerugian akibat kebakaran itu dianggar hampir RM200,000.

Sementara itu, ketua balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang Isa Bakar berkata, punca kebakaran masih disiasat.

Related Posts:

  • Jadi pendiam sebelum ajal KUALA BERANG: “Kebiasaannya apabila pulang dari kerja, arwah paling banyak bercakap tetapi kelmarin tiada sepatah perkataan keluar dari mulutnya dan mungkin itu petanda arwah akan pergi buat selamanya,” kata Nurul Asmalina M… Read More
  • Pelajar farmasi parah jatuh tingkat empat NURUL LISDA ditemani kakaknya, Noor Hezline di HospitalSungai Buloh. SUNGAI BULOH – Kegembiraan seorang pelajar perempuan yang baru selesai menonton Anugerah Juara Lagu 2011 (AJL 2011) berakhir dengan tragedi apabila dia … Read More
  • Pemandu teksi terima padah apabila masuk laluan mengejut REMUK...teksi yang terbabit kemalangan, semalam. SELAMAT...Safian cedera ringan.KUALA LUMPUR: “Saya bersyukur terselamat dalam kemalangan ini walaupun teksi remuk teruk selepas melambung sebelum terseret beberapa meter di L… Read More
  • Gempa sederhana landa Pulau Seram di Maluku31 Januari 2012 KUALA LUMPUR - Gempa bumi dengan kekuatan 5.1 pada skala Richter melanda Seram, sebuah pulau di wilayah Maluku, Indonesia awal pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan, berkata gemp… Read More
  • Murid maut dipanah petir, 4 termasuk guru cedera KUALA KANGSAR – Seorang pelajar maut, manakala empat lagi termasuk seorang guru cedera dalam satu tragedi panahan petir yang berlaku di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Mazuin, di sini, petang ini. Dalam kejadian kira-… Read More

0 comments:

Post a Comment