5 February 2012

Koo dan Tan mungkin dipisahkan dalam Piala Thomas




Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong
KUALA LUMPUR - Gandingan utama beregu negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mungkin dipisahkan sebagai salah satu strategi Malaysia menyekat penguasaan beregu Korea Selatan dalam kempen Kelayakan Piala Thomas di Macau, dari 13 hingga 19 Feb ini.

Jurulatih beregu negara Pang Cheh Chang berkata Koo/Tan yang membentuk beregu nombor enam dunia bakal berdepan dua gandingan terkuat lawan, Jung Jae Sung/Lee Yong Dae di ranking kedua dunia dan Ko Sung Hyun/Yoo Yeon Seong di tangga ke-empat.

"Saya dan ketua jurulatih beregu lelaki, Tan Kim Her mungkin menggandingkan Tan dengan Hoon Thien How.  Gandingan itu sebelum ini pernah diuji di kejohanan Piala Sudirman di Qingdao, China pada Mei lepas dan melakar kemenangan ke atas Jung Jae Sung/Lee Yong Dae," katanya di sini hari ini.

Sementara Koo boleh digandingkan dengan pemain beregu lain yang tersenarai ke Macau seperti Lim Khim Wah, Goh V Shem dan Teo Kok Siang.

Malaysia yang yakin dengan kemampuan dua pemain perseorangannya, Datuk Lee Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hashim untuk mengutip dua mata, mengharapkan beregu mampu mencuri satu mata kemenangan.

Pang berkata keserasian Tan/Hoon kini diuji dalam sesi latihan dan pemain tersebut masih mempunyai masa seminggu lagi untuk memantapkan gandingan mereka sebelum skuad Piala Thomas dan Uber negara berlepas ke Macau pada Sabtu depan.

Skuad negara akan memulakan kempen Kelayakan Piala Thomas dengan bertemu Hong Kong pada 14 Feb diikuti Korea Selatan pada keesokan harinya

Related Posts:

  • Sabah ikat PKNS di Kelana JayaHAJAT PKNS FC untuk merakam kemenangan sulung tidak kesampaian apabila sekadar seri 2-2 dengan Sabah pada aksi kelima Liga Super di Stadium MBPJ, Kelana Jaya, malam tadi. Biarpun selesa mendahului hasil dua jaringan penye… Read More
  • Van der Vaart julang Spurs LONDON: Harry Redknapp berada di bangku pemain simpanan Tottenham ketika pasukan Liga Perdana Inggeris itu mengatasi Watford 1-0 untuk layak ke pusingan kelima Piala FA, awal pagi semalam. Pemain … Read More
  • Djokovic ada kelasMELBOURNE: Pemain Serbia, Novak Djokovic berpeluang merangkul gelaran Grand Slam keempat dan mengekalkan penguasaannya bagi kategori perseorangan lelaki, namun dengan tekad membalas dendam, Rafael Nadal pasti berusaha mere… Read More
  • Wenger tegas WENGER...congak persembahan terbaik anak buah.   LONDON: Arsene Wenger menegaskan kekecewaan yang berterusan kerana kegagalannya menamatkan kemarau trofi Arsenal selama tujuh tahun tidak akan … Read More
  • Jika Saya Bukan Atlet: Impi bina rumah idamanBADANG negara, Mohd Hafifi Mansor bukan saja hebat menjulang beban malah teringin membina rumah idaman. METRO AHAD (MA): Jika anda bukan atlet, apa karier pilihan anda?  MOHD HAFIFI MANSOR (MHM): Saya mungkin men… Read More

0 comments:

Post a Comment