16 February 2012

Juruhebah IKIMfm Abdul Razak Arbain meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Juruhebah Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Abdul Razak Arbain meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil, di sini, awal pagi tadi.

Kemalangan tersebut berlaku pada jam 7.15 pagi ketika motosikal yang ditunggang Abdul Razak bertembung dengan motosikal lain sewaktu beliau dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar anaknya ke sekolah, menurut kenyataan IKIM.

Abdul Razak, 46 memulakan tugas sebagai juruhebah di IKIMfm sejak tahun 2006 dan merupakan seorang juruhebah yang disegani ramai melalui slot kendaliannya 'Dini Hari' yang ke udara setiap Selasa dan Rabu, jam 2 hingga 6 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor. - Bernama

Related Posts:

  • Anak jutawan Pakistan diselamat TUN HISAN melihat pasport suspek yang dirampas pada sidang media di IPK Selangor, semalam. Mangsa berusia 24 tahun diculik, dikurung 9 hari SHAH ALAM: Polis Selangor menyelamatkan anak lelaki seorang jutawan terkenal … Read More
  • Rayuan kes SaifulPejabat Peguam Negara sahkan notis difail jam 4.30 petang KUALA LUMPUR: Pejabat Peguam Negara semalam memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripa… Read More
  • Kompaun lewat daftar lahir dimansuhPUTRAJAYA: Berkuat kuasa serta-merta, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memansuhkan bayaran kompaun RM50 yang dikenakan terhadap pemohon pendaftaran kelahiran lewat. Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam. berkata pendaf… Read More
  • Bantuan MERCY dinanti NORAZAM meluangkan masa untuk mengenali seorang penerima bantuan makanan di Mogadishu, semalam. Somalia kesal kejadian timpa jurugambar BERNAMA TV MOGADISHU: “Alhamdulillah, Malaysia datang lagi,” itu ayat pertama te… Read More
  • Logo halal swasta kena tanggal SEORANG pekerja sebuah restoran di dalam sebuah pasar raya menanggalkan logo halal yang tidak diiktiraf Jakimdi Seremban 2, Negeri Sembilan semalam. SEREMBAN - Sebanyak lima buah premis makanan di sebuah pasar raya di… Read More

0 comments:

Post a Comment