5 February 2012

Isteri tua belasah madu

KUALA LUMPUR: Niat seorang suami untuk mempertemukan dua isterinya bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga membawa bencana selepas isteri keduanya parah di muka akibat ditumbuk madu dalam kejadian berhampiran Taman Melawati di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa, 30, bertemu madunya berseorangan di tepi jalan kawasan berkenaan manakala suami mereka menunggu di dalam kereta.

Bagaimanapun, pertemuan dengan tujuan berdamai itu bertukar ‘medan perang’ apabila mangsa ditumbuk madunya berusia 40-an yang naik angin.

Menurut sumber polis, mangsa menerima rawatan di hospital berdekatan selepas mukanya bengkak dan berdarah akibat tumbukan kuat.

Katanya, mangsa yang berkahwin dengan lelaki itu sejak dua tahun lalu bersetuju bertemu madunya buat pertama kali kerana mahu berbaik dengan wanita itu selain mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga.

Related Posts:

  • ‘Tahfiz’ auta HELAH... remaja mengutip derma sambil menjual produk herba yang diragui. Gambar kecil, surat yang dijaja untuk mengutip derma.   SASARAN... remaja dibawa menggunakan van ke stesen minyak untuk mengutip derma.&… Read More
  • Maut ditetak lelaki mabuk KUALA LUMPUR – Seorang pekerja restoran maut ditetak di tangan, kaki dan muka setelah t… Read More
  • Bawa anak demam berjudi TAHAN... seorang bapa bersama anak lelakinya berusia tiga tahun ditahan selepas disyaki berjudi dalam serbuan di Relau.   GEORGETOWN: Seorang bapa tergamak membawa anaknya yang demam semata-mata… Read More
  • Berdepan empat pertuduhan TANGKAK – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.Tertuduh, Azharuddin Ahmad, 43, dari Bukit Katil, Melaka dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana m… Read More
  • Liwat dan rogolENTAH mengapa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim masih ghairah bercakap tentang perlunya dipinda undang-undang lapuk termasuk berkaitan liwat. Apa motif beliau? Lalu Awang teringat bahawa nada beliau sama dengan gesaan badan… Read More

0 comments:

Post a Comment