2 February 2012

Fifi merengek waktu malam

Fifi merengek waktu malam
KUALA LUMPUR – Walaupun sudah sepuluh hari berlalu, namun peristiwa hitam enam jam dijadikan tebusan oleh lelaki bogel pada 23 Januari lalu masih lagi menjadi igauan ngeri Fifi Ramadhani Safruddin, 10.

Ibunya, Santi Sugiono, 29, berkata, sehingga kini anaknya itu kadang-kadang ketakutan dan sering terjaga pada waktu malam.

Katanya, paling membimbangkan Fifi ketakutan­ apabila melihat bilik di mana dia merasai detik cemas dijadikan tebusan dan melihat sendiri lelaki bogel tersebut ditembak polis.

“Fifi tidak dapat tidur lena. Dia sering terjaga pada waktu malam dan merengek ketakutan.

“Sebelum kejadian, bilik di mana kejadian berlaku itu adalah bilik tidurnya, namun kini lalu di situ pun dia tak mahu,” katanya.

Santi berkata, walaupun anaknya itu lebih banyak mendiamkan diri, namun sesekali dia akan bercerita tentang peristiwa hitam tersebut.

“Bagi kami apa yang penting Fifi selamat walaupun kami kehidupan kini diselubungi ketakutan seolah-olah kejadian sama berulang,” katanya.

Dia sekeluarga bercadang untuk mengecat rumahnya itu agar Fifi dalam melupakan insiden ngeri itu.

Santi berkata, warna cat rumah dipilih berdasarkan warna kegemaran Fifi iaitu warna merah jambu bagi memberi suasana baru kepadanya.

Menurutnya, walaupun masih trauma, namun Fifi juga ada menunjukkan perkembangan positif.

“Alhamdulillah, Fifi sudah berselera makan dan sering bertanya tentang sekolah.

"Ini juga memberi semangat kepada saya untuk meneruskan hidup,” katanya.

Related Posts:

  • Celcom pedajal orang - luahan penggunaSalam semua saya terkejut 3 hari lepas datang posmen hantar 2 surat..rupa2nya bil dari celcom..dlmnya ada 2 bil 'pertama' setiap satu berjumlah RM78.40 x2 ..saya ingatkan bil saya...rupa2nya bila dibuka bil bagi anak saya … Read More
  • Proton bakal lingkup?Satu artikel oleh Rockybru yang menggusarkan penyokong, peminat, pengguna kereta nasional negara, Proton. Apakah Proton akan mengeluarkan kereta penjenamaan semula (re-badge) keluaran Volkswagen? CEO Proton pula , Syed Zai… Read More
  • Suami, Isteri dan anak simpan heroin bernilai RM300,000KUALA LUMPUR 7 Mac - Tiga beranak yang kononnya mengusahakan sebuah tapak semaian di Batu 9 Cheras, Jalan Hulu Langat dekat sini ditahan polis kerana menjadikan lokasi pekerjaan mereka itu sebagai stor menyimpan dadah jeni… Read More
  • Pura-pura sakit jantung depan polis PUCHONG – Memberi helah menghidap sakit jantung samb… Read More
  • Ella pun dah nak kahwin ELLA dikatakan menghadiri kursus perkahwinan bersama bakal suaminya di Kuala Lumpur baru-baru ini. KUALA LUMPUR - Ratu rock negara, Norzila Aminuddin yang lebih dikenali dengan panggilan Ella dijangka menamatkan zaman … Read More

0 comments:

Post a Comment