KAMALA (kanan) menunjukkan sijil  kelahiran Adithiyaa  yang tidak mempunyai  status warganegara  di Bukit  Mertajam baru-baru ini. 
BUKIT MERTAJAM - Gara-gara berhadapan dengan masalah ketiadaan sijil  lahir dan tidak mendaftarkan perkahwinan lapan tahun lalu, seorang  wanita dari Taman Penanti di sini bimbang dengan masa depan empat  anaknya kerana semua mereka kini tidak mempunyai status kewarganegaraan
.
Ibu muda itu, A. Kamala, 30, mendakwa, masalah berpunca daripada  keadaan dirinya yang tidak mempunyai sijil lahir kerana tidak  didaftarkan kelahiran oleh ibunya sendiri.
Katanya, dia dilahirkan di Parit Buntar, Perak tetapi dipelihara  neneknya di Mentakab, Pahang dan selepas itu berpisah terus daripada  ibunya.
"Semasa berusia 16 tahun baru saya berusaha mencari ibu untuk  menyelesaikan masalah sijil lahir itu kerana tidak tahu dia tinggal di  mana, malangnya saya diberitahu dia sudah meninggal dunia pada September  2003 menerusi surat pengesahan kematian yang diberikan kepada saya.
"Sejak itu, saya berusaha untuk mendapatkan sijil kelahiran dengan  mengumpulkan semua dokumen yang ada tetapi sehingga sekarang saya masih  gagal," ceritanya.













0 comments:
Post a Comment