18 February 2012

Anak Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) maut setelah menghantar ibunya pulang

PONTIAN: Kegembiraan seorang penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bertukar pilu apabila anak yang menghantarnya pulang maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya dalam kemalangan di Kilometer 45.7, Jalan Johor Bahru-Pontian, berhampiran Pusat Giat Mara, Pekan Nanas, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, Rozaimah Mohd Badawi, 24, jurutera di kilang Shimano, Pekan Nanas, di sini, meninggal dunia di lokasi apabila kereta Toyota SE dipandunya bertembung dengan sebuah Proton Wira dari arah bertentangan, sejurus selepas menghantar ibunya Rosnah Bedu, 47, pulang ke rumah di Lorong Warisan Batu 29, Pengkalan Raja, satu kilometer dari tempat kejadian.

Rosnah ketika ditemui di rumah mayat Hospital Pontian berkata, dia tidak menyangka kelakuan arwah yang beriya-iya menghalangnya menaiki kereta ke tempat kerja sama adalah petanda sebelum meninggal dunia.

Sebelum kejadian, katanya, arwah menghantarnya mengambil wang BR1M di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini, sebelum menghantarnya pulang kerana arwah ingin ke tempat kerja.

“Patutlah arwah beria-ia menghalang saya mengikutnya ke tempat kerja, rupa-rupanya petanda dia meninggalkan saya selama-lamanya.

“Saya masih terbayang wajah arwah menghantar saya mengambil wang BR1M dan selepas itu menghantar saya pulang, sedangkan saya sepatutnya pergi ke tempat kerja bersama arwah.

“Bagaimanapun, dia menghalang saya menaiki keretanya, menyebabkan saya berehat seketika di dalam rumah sebelum tiba-tiba seorang penduduk memberitahu arwah terbabit kemalangan,” katanya.

Related Posts:

  • Ribut ‘sedut’ bangunan sekolahIPOH: “Saya mungkin buta jika serpihan kayu dan batu siling itu menikam ke mata kiri saya. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana masih terselamat dan hanya cedera ringan,” kata murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) al-Ansari Ulu … Read More
  • Suspek miliki tujuh rekod jenayahKUALA LUMPUR: Suspek yang ditembak mati dalam drama tebusan kanak-kanak di Kampung Baru, di sini, Isnin lalu, disahkan mempunyai tujuh rekod lampau, empat daripadanya membabitkan penyalahgunaan dadah manakala tiga lagi ber… Read More
  • Belasah suspek sampai mati IPOH – Dua lelaki yang berniat membantu polis menangkap… Read More
  • Pencuri berjubah hitam KUALA LUMPUR: Kegembiraan pasangan suami isteri yang baru selesai menganjurkan majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina bertukar suram apabila kediaman mereka di Batu 9, Cheras, di sini, dipecah masuk sekumpulan tiga … Read More
  • Tekong dan pembantu dipenjara lapan tahun kerana seludup manusiaKOTA TINGGI - Seorang tekong dan pembantunya dijatuhi hukuman penjara lapan tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menyeludup manusia ke negara ini. Alexander Yub Kalang, 48, dan Mohd Jali Manaf, … Read More

0 comments:

Post a Comment