14 February 2012

14 buah motosikal hangus terbakar


SEBAHAGIAN daripada 12 buah motosikal yang hangus angkara perbuatan khianat di PPR Seri Semarak, Setapak, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Pemilik 14 buah motosikal hanya mampu menepuk dahi apabila mendapati kenderaan mereka hangus dipercayai angkara perbuatan khianat dalam kejadian berasingan di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Semarak dan Flat PPR Air Panas di sini semalam.

Belum pasti puncanya, namun kejadian pukul 12 tengah malam yang mengakibatkan kerugian RM60,000 itu disyaki berkait rapat perkelahian antara dua kumpulan samseng.

Difahamkan, kejadian itu disedari penduduk selepas mereka melihat api marak di tempat letak motosikal lalu cuba memadamkannya.

Tindakan itu berjaya menghalang api daripada merosakkan sebuah kereta yang diletakkan berhampiran tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, pihaknya bergegas ke PPR Seri Semarak untuk memadamkan 13 buah motosikal yang terbakar.

"Sebaik sampai, kami dapati api telah dipadamkan penduduk. Sejam kemudian, sebuah lagi motosikal terbakar di PPR Air Panas yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi pertama," katanya.

Related Posts:

  • Tidak mengaku bakar muka isteri WAN MUSTAFA dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu semalam. KOTA BHARU – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mencederakan muka isterinya dengan mancis api di rumahnya … Read More
  • Pensyarah swasta Matematik didakwa rasuah RM300 pensyarah sebuah kolej swasta Ipoh yang direman kerana kes rasuah semalam. IPOH - Seorang pensyarah di sebuah kolej swasta di sini direman empat hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes rasuah oleh Suruhan… Read More
  • Pensyarah kanan IPTA ditemui matiKUCHING: Seorang pensyarah kanan sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini ditemui mati di rumahnya di Taman Synergy, di sini dengan pisau tertusuk pada leher dan pergelangan tangan kanannya cedera akibat digerudi. … Read More
  • Isteri ikut pengkid HILANG...Siti Khadijah (kiri) menujukkan dua laporan polis dibuat abang iparnya berhubung kehilangan kakaknya sambil diperhatikan Abd Karim (kanan).PORT DICKSON: Seorang wanita pengantin baru 14 hari berkahwin dikatakan lesa… Read More
  • bijaknya Profesor B KESAL...Azman dan isteri membuat aduan kepada Dr Izham.KUALA LUMPUR: Hanya bermodalkan temberang dan dakwaan konon dirinya saintis dalam bidang perubatan menggunakan teknologi nuklear, seorang lelaki licik memperdaya beberap… Read More

0 comments:

Post a Comment