14 January 2012

PRU: Mat Sabu dakwa Pakatan dapat sokongan orang BN

Mohamad Sabu
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) untuk memastikan Pakatan Rakyat (PR) boleh menguasai Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut beliau, bekas menteri dan menteri yang sedang berkhidmat ada bertemu dengannya dan menawarkan sokongan untuk sama-sama menjayakan matlamat tersebut.

"Pegawai kerajaan dan bekas pegawai termasuk polis dan tentera turut menyuarakan sokongan dan sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.

"Mereka kata biarlah kami berjuang dari dalam untuk menumbangkan BN dari dalam," katanya ketika berucap pada Konvensyen PR Ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim di sini pagi ini.

Sehubungan itu, katanya, semua ahli PR perlu menggiatkan usaha dan menjadikan konvensyen ini sebagai pecutan terakhir untuk mendapat kejayaan dalam PRU13.
Menurutnya, PR wajar diberi peluang menduduki Putrajaya bagi memastikan pembaharuan yang dirancang dapat dilakukan untuk membela nasib rakyat.
Beliau berkata, banyak tuntutan rakyat tidak dapat dipenuhi oleh BN dan hanya PR yang mampu direalisasikan segala keperluan mereka.
“Sampai sekarang kita tidak dapat menikmati kebebasan media kerana dikuasai oleh kerajaan sedia ada.
“Oleh itu, media alternatif dan akhbar yang dimiliki parti gabungan PR perlu memainkan peranan penting menyebarkan maklumat untuk rakyat jelata sebagai saingan kepada akhbar arus perdana masa kini,” katanya.

Related Posts:

  • Ombak Rindu: Najib perlu dana nikah ‘Pelacur 1Malaysia’ NOVEL itu mengundang kritikan padu dari merata arah! Suka atau tidak, tidak dapat dinafikan bahawa sambutan ke atasnya amat mewah! Mencurah yang bertandang ke pawagam. Saya tonton dua kali. Dalam masa 4 hari Ombak Rindu… Read More
  • Rosmah 'belanja sakan': NGO bekal bukti tambahanNGO mesra PKR, Jingga 13 hari ini menyerahkan beberapa urusan e-mel kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai "bukti" bahawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa ‘berbelanja sakan… Read More
  • Apabila penzina menghina IslamKebelakangan ini kita dikejutkan dengan kebiadaban pemimpin-pemimpin bukan Islam menghina amalan, undang-undang dan kedudukan Agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan, secara bertubi-tubi. Seolah-olah ia dirancang … Read More
  • Dana KWSP diguna bagi wang saku BN, kata PKRPKR hari ini menyelar tindakan kerajaan untuk menggunakan RM1.5 bilion daripada dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu mereka yang gagal mendapatkan pinjaman bank bagi membiayai pembelian rumah awam kos r… Read More
  • Kemuncak konflik Mahathir-AnwarSedar tak sedar sudah hampir 14 tahun pertembungan politik di antara mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semenjak Dr Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 daripada j… Read More

0 comments:

Post a Comment