23 February 2012

Cuka dan Makanan Sunah Rasulullah

Kebaikan KHAL (CUKA)..


APA ITU KHAL? KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar

Kajian kepada kitab-kitab perubatan Islam juga ada menyatakan KHAL telah diamalkan sejak dari nabi-nabi dahulu sebelum Nabi Muhammad (saw) lagi. Masyarakat Babylon (sekitar 500 BC) juga telah menukar wain kepada KHAL dengan menggunakan buah anggur, kurma dan tin (fig). Hippocrates juga telah mengggunakan KHAL sebagai antibiotik dan tonik. KHAL juga digunakan oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Selain orang Arab, KHAL telah dipraktikkan semenjak berabad oleh kebanyakan penduduk Eropah, Jepun, Cina dan India.
Kepada yang sudah terkena penyakit, Rasulullah (saw) pernah bersabda yang bermaksud "Setiap penyakit ada ubatnya". Tetapi Rasulullah (saw) tidak menyatakan secara khusus penawar sesuatu penyakit,oleh yang demikina mari kita beramai ramai mengamlakan pemakanan cara nabi Muhammad SAW dalam masa yang sama kita mengamalkan "MAKANAN KESIHATAN SUNNAH PARA NABI-NABI" sebagai suatu ibadah dalam penyembuhan dan meneruskan warisan ulama' perubatan Islam.. Perlu diingat KHAL diamalkan secara meluas sejak turun temurun oleh bangsa Arab. Mungkin sebab tu sekor kambing makan pun tak kena darah tinggi,

Khasiat Khal Menurut Perubatan Islam:-
------------------------------------------------------
Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka :-

** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan an yg pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan

Antara yang utama,KHAL dapat membantu membuangkan kolesterol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung, lemak di buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang, dan lemak berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan. Paklang rasa elok untuk mereka yang menghadapi daran tinggi/ kolestrol dsb nya.

Kaedah Pemakan

KHAL boleh diminum diminum dua kali sehari selepas makan pagi dan malam sebelum tidur.


Makanan Sunah Rasulullah

Makanan kegemaran nabi Muhammad SAW (hadis sahih tidak dapat disertakan), antara nya:

Barli - Baik untuk redakan demam

Buah Kurma - Baik dimakan pada bila-bila masa.

Abu Darda’ menceritakan bahawa RS dihadiahkan satu tabak buah tin. Beliau bersabda; makanlah !, maka akupun makan.
Madu - Madu merupakan makanan terbaik, minuman terbaik dan ubat terbaik untuk semua.

Anggur - Baik untuk darah, menguatkan buah pinggang dan melawaskan buang air besar

Tembikai - Semua jenis tembikai adalah baik untuk bayi yang dikandung.

Cendawan - Baik untuk penglihatan mata.

Buah Delima - Buang segala kejahatan dalaman


"Dalam syurga itu terdapat buah-buahan, kurma dan delima." (ar-Rahman : 68)

Cuka - Baik dimakan apabila dicampur dengan minyak zaitun (seperti yang diamalkan dalam masakan Itali).

Air - Minuman yang terbaik buat semua. Amalkan minum air kosong sebanyak mungkin.

Telur - Di antara khasiat kuning telur ialah menghilangkan rasa sakit dan ubat batuk

Maksudnya : Imam Biahaqi meriwayatkan sebah hadis marfuk : bahawa seorang nabi di antara para nabi telah mengadu kepada Allah tentang kelemahan badannya. Maka Allah mengarahnya supaya makan telur.

Gandum -

Dari Aisyah RA bahawa ia berkata : “Adalah Rasulullah SAW jika salah seorang keluargnya kurang sihat, ia meminta sesuap gandum, lalu dimasaknya. Kemudian dia menyuruh mereka memakannya, maka merekapun memakannya. Setelah itu Rasulullah SAW berkata : “Sesungguhnya gandum itu menguatkan hati yang sedih dan menghilangkan hati yang sakit, sebagaimana salah seorang kamu menghilangkan/membersihkan kotoran dari mukanya dengan air”

Burung

“Dan daging burung dari apa yang mereka inginkan” Surah al-Waqiah : 21

Daun Saderi - Daun saderi amat bermanfaat untuk membuka sumbatan yang terjadi pada hati dan limpa. Membantu pencernaan, melancarkan kencing dan melancarkan keluarnya darah haid.

Halia -

Mereka (ahli syurga) diberikan minuman segelas yang campurannya adalah halia” (al-Insan : 17)

Abu Naim meriwayatkan dari Abu Said al-Khudari beliau berkata bahawa Raja Rom telah memberi satu bejana halia kepada Rasulullah SAW, maka baginda telah memberi makan setiap seorang sepotong dan kami diberi sepotong”

0 comments:

Post a Comment