19 January 2012

PM pengerusi mesyuarat ke-8 NCIA

PUTRAJAYA 19 Jan. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat ke-8 Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) di bilik mesyuarat di pejabatnya di sini hari ini.

Mesyuarat itu turut disertai oleh Menteri Besar (MB) Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, MB Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, MB Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta agensi dan pihak swasta yang berkaitan.

Mesyuarat berlangsung selama kira-kira setengah jam sebelum disusuli dengan Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Program-program Pembangunan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

Ia membabitkan pertukaran dokumen perjanjian antara agensi dan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri, disaksikan oleh Perdana Menteri.

NCIA yang ditubuhkan kira-kira lima tahun lepas, bertanggungjawab dalam mempromosi dan meningkatkan pembangunan NCER. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment