Semakan NAP benarkan syarikat hasilkan kereta 1.6 liter hingga 1.8 liter
SELEPAS 19 tahun menjadi pengeluar kereta kompak, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA), dijangka memperoleh kebenaran daripada kerajaan untuk mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin lebih tinggi daripada 1.5 liter tidak lama lagi.Sumber berkata, kebenaran itu akan diberikan sebaik kerajaan selesai menyemak semula aturan perjanjian yang dimeterai kedua-dua pihak ketika penubuhan PERODUA pada 1993.“Di bawah aturan itu, ia antara lain menyatakan PERODUA hanya dibenar mengeluarkan kereta kompak dengan kapasiti enjin di bawah 1.5 liter dan tidak boleh membuat atau memasang kereta dengan kapasiti enjin lebih daripada yang ditetapkan.
“Namun begitu dengan semakan semula Dasar Automotif Nasional (NAP) yang kini sedang dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan pasaran automotif tempatan lebih terbuka dalam setiap aspek rantaian industri kereta, kerajaan akan turut menyemak aturan perjanjian sedia ada itu dengan menarik semula larangan yang
dikenakan kepada PERODUA sebelum ini,” katanya kepada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Sumber berkenaan berkata, jika semakan semula aturan perjanjian itu membuahkan hasil positif, PERODUA akan mula memasang dan mengeluarkan kereta dengan kapasiti enjin antara 1.6 liter hingga 1.8 liter, sekali gus menandakan bermulanya penerokaan syarikat itu dalam segmen kereta sedan.
Sejak ditubuhkan, PERODUA hanya terbabit dalam pemasangan dan pengeluaran kereta segmen di bawah 1.0 liter (Kancil, Kelisa, Kenari dan Viva); 1.3 liter (Kembara dan Myvi); dan 1.5 liter (Alza dan Myvi Extreme).
Katanya, kebenaran itu kelak akan mempelbagaikan portfolio kereta di bawah PERODUA, dan mampu meningkatkan jualan serta daya saing syarikat dalam mempersiapkan diri menghadapi liberalisasi dalam pasaran automotif.
“Pengenalan model baru dengan enjin kapasiti yang lebih besar dijangka dimulakan dengan model prototaip, Bezza yang kali pertama dipertontonkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010,” katanya.
Katanya, pengenalan kereta dalam segmen baru itu juga dilihat amat logik dan bertepatan dengan peningkatan permintaan kereta sedan di kalangan pembeli kereta kali pertama di Malaysia, yang rata-ratanya terdiri daripada eksekutif muda dengan pendapatan lebih tinggi.
Sumber itu bagaimanapun berkata, walaupun PERODUA akan terbabit dalam pengeluaran kereta dengan enjin kapasiti lebih daripada 1.5 liter, ia tidak bermakna tumpuan terhadap pengeluaran kereta kompak dikurangkan.
“PERODUA tetap terus memberi tumpuan dalam segmen kereta kompak kerana ia adalah sumber kekuatan syarikat,” katanya.
Dari segi persiapan, sumber berkenaan berkata, PERODUA dijangka tidak berdepan sebarang masalah bagi mengeluarkan kereta kapasiti enjin yang lebih tinggi hasil sokongan berterusan rakan kongsi teknikalnya iaitu Daihatsu Motor Corporation Ltd (DMC).
Selain rakan kongsi teknikal, DMC juga adalah satu daripada pemegang saham utama dengan menguasai kepentingan 51 peratus dalam operasi pengeluaran PERODUA.
Pegawai Eksekutif Kanan DMC, Masahiro Fukutsuka, lewat Disember lalu dilaporkan berkata, syarikat yang berpangkalan di Ikeda, Osaka, Jepun itu merancang menjadikan PERODUA lebih bebas dalam aktiviti berkaitan pembangunan kereta yang mampu memenuhi permintaan pasaran serantau dan tidak terlalu bergantung dengan model Daihatsu.

0 comments:
Post a Comment