1 February 2012

Obama akui guna drone


WASHINGTON 31 Jan. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengesahkan pesawat tanpa juruterbang atau drone AS telah membedil kedudukan Taliban dan al-Qaeda di wilayah Pakistan, kali pertama operasi seumpama itu diakui secara rasmi oleh Washington.

Obama ditanya mengenai penggunaan drone oleh pentadbirannya dalam perbualan dengan pengguna web di Google+ dan YouTube.

"Banyak serangan itu dilancarkan di FATA iaitu Kawasan Kabilah Pentadbiran Persekutuan di Pakistan.

"Sebahagian besarnya adalah serangan yang sangat tepat ke atas kedudukan al-Qaeda dan sekutunya, dan kita sangat berhati-hati dalam menggunakan pesawat itu," jawab Obama.

Presiden itu mengesahkan zon kabilah yang berada di luar kawalan kerajaan Pakistan menjadi sasaran serangan drone, apabila beliau menjelaskan banyak serangan dilancarkan ke atas militan al-Qaeda di kawasan yang sukar ditembusi oleh tentera negara itu.

Pegawai AS berkata, kawasan kabilah Pakistan menjadi tempat berlindung bagi militan Taliban yang memerangi kerajaan pusat di Afghanistan sejak 10 tahun lalu, kumpulan al-Qaeda yang merancang serangan ke atas Barat, militan Taliban Pakistan yang kerap melancarkan serangan bom di Pakistan dan pejuang asing lain.

Sejumlah 64 serangan peluru berpandu AS (dengan drone) dilaporkan di kawasan kabilah Pakistan pada tahun lepas, menurun daripada 101 yang dilaporkan pada 2010, menurut kiraanAFP.

Sebuah badan penganalisis berkecuali di Washington, New America Foundation berkata, serangan drone di Pakistan sejak lapan tahun lalu membunuh sekurang-kurangnya 1,715 orang, dan mungkin seramai 2,680 orang.

AS sebelum ini enggan membincangkan serangan tersebut secara terbuka, tetapi program drone kendalian Agensi Perisikan Pusat (CIA) itu telah dipertingkatkan secara mendadak ketika pentadbiran Obama merancang untuk mengundurkan semua askar tempur asing dari Afghanistan menjelang akhir 2014.

Pada Oktober lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Leon Panetta mengakui kewujudan program drone CIA itu tetapi tidak menyatakan sama ada serangan dilancarkan di Pakistan. - AFP

Related Posts:

  • [VIDEO]Pelukis Karikatur Nabi diserangDi Stockholm, Sweden, seorang kartunis yang beberapa tahun lalu menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana melukis gambar Nabi Muhammad SAW, dibaling telur dan dihentikan acara seminarnya serta merta di sebuah univ… Read More
  • Kilang organ mayat manusia yang mengerikanCuba perhatikan gambar-gambar ini suasana didalam kilang yang membedah mayat-mayat yang mati dalam kemalangan,mayat yang tidak dituntut ataupun mayat mereka yang setuju untuk mendermakan organ mereka. Mayat-mayat yang tela… Read More
  • Budak saman polis RM105,444 Gambar Hiasan BOGOR - Dalam kes di Indonesia, seorang remaja lelaki berumur 17 tahun, kelmarin memfailkan saman 32 juta Rupiah (RM105,444) terhadap polis kerana mendakwa diseksa semasa sesi soal siasat. Pada 2009, Syahri… Read More
  • Jutawan Amerika masuk islamFIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Bukanlah kewajipanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allahlah yang memberikan (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya… (al-Baqarah: 272) Maka itu, tidak hairan jika hidaya… Read More
  • Sanggup bedah muka untuk jadi rupa syaitanGambar dibawah menunjukkan seorang manusia yang sangat bodoh apabila dia membedah mukanya untuk menjadi seperti rupa syaitan.. … Read More

0 comments:

Post a Comment